"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.7.14

Ayuh Bersedekah Untuk Mereka Yang Memerlukan

27.6.14

ABIM Pahang Lancarkan Kempen Seorang Sekampit Beras 2014

KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI PAHANG MELANCARKAN PROGRAM KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB) SEMPENA BULAN RAMADAN 1435H

25 JUN 2014 / 27 SYAABAN 1435H

1.      Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Ini kerana rahmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT jika kita memanfaatkan bulan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Bulan Ramadan dijanjikan pahala yang berganda selain peluang beribadah pada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

2.      Selain menunaikan ibadah khusus di dalam bulan Ramadan ini, umat Islam juga digalakkan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwwah fiLlah sesama umat Islam. Justeru, pelbagai ibadah dan dakwah bilhal juga digalakkan seperti menziarahi orang yang kurang berkemampuan, menyantuni anak yatim, menjamu orang yang berpuasa berbuka puasa serta melawat pesakit di hospital.

3.      Pada hari ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pahang melancarkan program-program bagi meningkatkan lagi penghayatan umat Islam di dalam bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

4.      Program-program tersebut adalah seperti berikut :
a.       Kempen Sedekah Seorang Sekampit Beras (KSSB)
b.      Street Dakwah Nuzul Quran
c.       Iftar Infaq Anak Yatim Baitul Husna
d.      Lawatan Mahabbah Pesakit HTAA

5.      Justeru ABIM Pahang menyeru penglibatan semua umat Islam di seluruh negeri Pahang bagi mengambil peluang sepanjang bulan Ramadan ini meningkatkan amal ibadah selain mengambil tahu dan prihatin terhadap nasib umat Islam lain yang kurang berkemampuan.

6.      Program Kempen Sedekah Seorang Sekampit Beras (KSSB) adalah program yang dilaksanakan di seluruh negara apabila tibanya bulan Ramadan. ABIM Pahang akan bertindak sebagai platform untuk orang ramai bersedekah. Semua sumbangan dan sedekah akan dijadikan barang-barang keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak dan lain-lain. Sumbangan barang-barang keperluan ini akan diagih-agihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan, miskin dan memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini. ABIM Pahang mensasarkan sumbangan sehingga RM10,000 bagi menjayakan program KSSB kali ini. Kaunter-kaunter sumbangan akan dibuka di masjid-masjid terpilih semasa solat Jumaat.


7.      Program Street Dakwah Nuzul Quran pula bertujuan untuk menyebarkan mesej agama mengenai kehebatan Al-Quran sebagai mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Program ini akan diadakan pada 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadan 1435H.

8.      ABIM Pahang juga menyeru umat Islam untuk menyantuni anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini. Program Iftar Infaq Anak Yatim Baitul Husna ini adalah untuk menaja majlis berbuka puasa kepada anak-anak yatim penghuni Rumah Baitul Husna, Kampung Batu Hitam, Beserah, Kuantan.

9.      Seterusnya, ABIM Pahang juga mengajak umat Islam untuk turut serta dalam program Lawatan Mahabbah Pesakit Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Lawatan ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada pesakit-pesakit HTAA selain beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Program ini akan diadakan pada 15 Julai 2014.

10.  ABIM Pahang menyeru orang ramai untuk sama-sama menyertai program yang dinyatakan samada sebagai sukarelawan ataupun urusetia penggerak. Selain itu, ABIM Pahang juga memohon untuk mendapatkan sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan bagi menjayakan program-progrm yang telah dirancang ini. Semua sumbangan kewangan bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam 06019010007678 (ABIM Negeri Pahang) atau akaun Maybank 556093240368 (ABIM Negeri Pahang).

11.  Maklumat lanjut mengenai program-program sepanjang bulan Ramadan ini boleh diperolehi seperti berikut :

a.       Blog ABIM Pahang : http//abimpahang.blogspot.com
b.      Facebook : Abim Pahang
c.       Telefon : 019-2301003 (Hisyam) dan 019-9662840 (Mughis)


Disediakan oleh :

MUHAMMAD HISYAMUDIN BIN BAHARUDIN
Yang Dipertua ABIM Pahang
019-2301003
syamisme@gmail.com

Sekretariat ABIM Negeri Pahang
No. 2 Lorong Bukit Sekilau 48
Bukit Sekilau
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur.

23.11.13

HELWA Ziarah Wad Pos Natal


HELWA ABIM Pahang meneruskan usaha mendekati wanita Muslimah dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Kali ini HELWA ABIM Pahang menziarahi ibu-ibu yang baru sahaja selamat melahirkan anak di Wad Pos Natal HTAA Kuantan. Program diadakan pada 22 November 2013.


Rombongan HELWA ABIM Pahang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ibu-ibu selain mengedarkan cenderahati tanda ingatan berpanjangan. HELWA turut menyampaikan maklumat-maklumat berguna khususnya perkara ibadah di kalangan ibu-ibu bersalin.


21.11.13

Usrah Gabungan WAPI


Usrah Gabungan WADAH-ABIM-PKPIM-IKATAN Pahang sekali lagi diadakan bagi menghimpunkan semua aktivis dakwah supaya dapat disatukan pemikiran dan gerak kerja. Usrah Gabungan kali ini telah diadakan pada 21 November 2013 bertempat di Baitul Husna Bukit Sekilau.


Usrah Gabungan dipimpin oleh Ustaz Osman Din (Penolong Setiausaha WADAH Pahang) yang membincangkan ayat ke 5 dan 6 daripada Surah At-Taubah. Usrah Gabungan kali ini juga berkongsi cerita dan rasa mengenai kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Ahmad Ammar Abdul Rahman kerana kemalangan jalan raya di Turki.


16.11.13

Bengkel Profesionalisme Pendidik ABIM Pahang



ABIM Pahang menerusi Lembaga Pengelola TASKI-TAHFIZ-TASKA telah berjaya mengadakan Bengkel Profesionalisme Pendidik ABIM Pahang pada 16 November 2013 yang lalu. Bengkel sehari ini diadakan di Bilik Wawasan 2, Sekretariat MBNP Wisma Belia.


Seramai 30 orang pendidik ABIM Pahang telah hadir dalam program ini. Di antara pengisian yang disediakan ialah ceramah 'Pengajaran Yang Berkesan', ceramah 'Tujuan Hidup Pendidik ABIM' dan ceramah 'Menjadi Pendidik Hebat'. Turut diadakan aktiviti LDK dan pembentangan.


Program kali ini telah ditutup secara rasmi oleh Sdr. Faisal Aziz (Setiausaha Agung ABIM).

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More