"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

Rumah Ahli ABIM Terbakar, ABIM Pahang Rayu Sumbangan

ABIM Pahang sangat berdukacita dengan musibah yang telah menimpa Sdr. Salleh Taha apabila beliau dan keluarga telah diuji dengan kejadian kebakaran rumahnya.

Tahniah, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman

Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Mantan Naib Presiden Antarabangsa (ABIM) telah dianugerahkan Darjah Indra Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato'.

Persidangan Selari Menetapkan Agenda Gerakan

Persidangan Selari pertama untuk sesi 2011/2013 ABIM Pusat yang telah diadakan pada 24/9/2011 (Sabtu) yang lalu dilihat sangat penting untuk menetapkan hala tuju gerakan ABIM di persada dakwah.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

ABIM Pahang mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua anak didik di semua Sekolah Rendah Islam (SRI) ABIM di seluruh negara.

Malam Miftah Perjuangan PKPIM Kuantan

Program yang diadakan pada 14 September 2011 ini bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli baru PKPIM Kuantan yang baru menamatkan pengajian asasi dan meneruskan perjuangan di kampus UIAM Kuantan.

11.10.11

Nota Usrah : Taubat Nasuha

Usrah mingguan ABIM Pahang pada 5/10/2011 telah membincangkan tajuk 'Taubat Nasuha' dengan merujuk kepada ayat ke 70 dan 71 Surah Al-Furqaan.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Perbincangan tajuk ini merujuk kepada tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradawiy dalam bukunya 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman; Ciri Yang Allah Sebutkan 1500 Tahun Lalu.

  1. Orang yang mengerjakan dosa dan kemungkaran tidak sama sekali tertutup pintu untuk mereka memohon ampun dan maaf terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
  2. Allah menawarkan taubat kepada hambaNya yang bersalah kerana Allah mengetahui kelemahan mereka, sering dikuasai hawa nafsu, tewas dengan bisikan syaitan, hingga menyebabkan mereka melakukan dosa.
  3. Nasuha bermaksud terlepas daripada kepura-puraan, kepalsuan dan kedustaan
  4. Taubat Nasuha tidak seperti taubatnya para pendusta, yang bertaubat hanya pada lidah, tetapi hati masih tetap ingin mengerjakan kembali kederhakaan
  5. Rukun taubat ialah : Penyesalan, berazam untuk tidak mengulang lagi dosa, Memutuskan secara langsung dengan dosa yang pernah dilakukannya
  6. Penyesalan disertai dengan rasa kecewa, kesedihan dan kerugian yang menggigit hati, membakar diri apabila setiap kali dia teringat akan kesalahannya.
  7. Seseorang yang bertaubat tetapi tetap berada di antara satu dosa dengan dosa yang lain, dia masih cenderung untuk melakukan dosa. Maka dia mestilah bertekad untuk tidak mengulang lagi dosanya selepas bertaubat.
  8. Taubat juga peralihan daripada penderhakaan kepada ketaataan, daripada keburukan kepada kebaikan, peralihan dari jalan syaitan ke jalan Allah.
  9. Taubat yang tulen akan diikuti dengan peningkatan iman, seterusnya diikuti dengan melakukan amal-amal soleh.

4.10.11

Sidang Media Khas ABIM - HUDUD


27.9.11

Rumah Ahli ABIM Terbakar, ABIM Pahang Rayu Sumbangan


ABIM Pahang sangat berdukacita dengan musibah yang telah menimpa Sdr. Salleh Taha apabila beliau dan keluarga telah diuji dengan kejadian kebakaran rumahnya. Kejadian yang berlaku pada Jumaat 23/9/2011 jam 11.30 pg itu telah menyebabkan beliau dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang. Semua kelengkapan rumahnya telah musnah dijilat api. Lokasi kejadian ialah di Taman Lipis Baru, Kuala Lipis.

 

Sdr. Salleh Taha merupakan ahli senior ABIM Pahang dan bergiat aktif dalam kegiatan dakwah di daerah Lipis. Beliau meneruskan perjuangan dakwahnya pada hari ini bersama WADAH Negeri Pahang.

 

Menurut beliau, kejadian kebakaran itu berpunca daripada kebocoran gas daripada tabung gas yang baru dibeli. Kewujudan punca api di dapur pada masa yang sama telah menyebabkan kebakaran terus berlaku dan memusnahkan semua peralatan rumah dalam masa yang pantas. Namun, beliau bersyukur kerana tiada kecederaan yang berlaku kepada beliau dan ahli keluarganya.

 

Menurutnya lagi, beliau dan keluarga redha dengan ujian yang diberikan ALlah ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan taulan yang datang menziarah serta menyampaikan sumbangan.

 

Beliau juga telah terpilih sebagai tetamu Allah ke BaituLlah pada musim haji kali ini dan insya Allah akan berangkat ke Tanah Suci pada pertengahan Oktober nanti.

 

ABIM Pahang menyeru kepada semua pihak untuk menyampaikan sumbangan terutama dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Sdr. Salleh dan keluarganya. Sumbangan terus boleh dibuat melalui akaun Public Bank bernombor 4511412734. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui ABIM Pahang atau WADAH Pahang. Sebarang maklumat lanjut mengenai sumbangan boleh diajukan kepada Sdr. Mahadi (Setiausaha ABIM Pahang) di talian 013-4897703

Tahniah, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman.




Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Mantan Naib Presiden Antarabangsa (ABIM) telah dianugerahkan Darjah Indra Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato'. Istiadat pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'ain Billah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-79 pada 26 September 2011.


Seluruh warga ABIM Pahang merakamkan ucapan tahniah di atas pengurniaan yang diterima oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman.


25.9.11

Persidangan Selari Menetapkan Agenda Gerakan


Persidangan Selari pertama untuk sesi 2011/2013 ABIM Pusat yang telah diadakan pada 24/9/2011 (Sabtu) yang lalu dilihat sangat penting untuk menetapkan hala tuju gerakan ABIM di persada dakwah. Kehadiran pemimpin-pemimpin ABIM dari seluruh negeri juga melambang komitmen petugas-petugas dakwah ini untuk terus menunaikan amanah dakwah dan kepimpinan yang digalas bersama.


Persidangan yang dimulakan dengan ucap utama Presiden ABIM, Sdr. Amidi Abdul Manan telah diadakan di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam di Taman Cemerlang, Gombak. Pembentangan kedua dilakukan oleh Sdr. Mohd Raimi Ab. Rahim selaku Setiausaha Agung diikuti pembentangan mengenai jawatankuasa isu-isu khas yang dilakukan oleh Sdr. Fadhlina Siddiq selaku Naib Presiden (HELWA).


Dalam pembentangannya, Sdr. Amidi telah menyatakan fokus yang akan diberikan oleh ABIM Pusat untuk sesi ini adalah pendidikan, isu-isu dan pembangunan sosial, pembangunan belia dan hal ehwal antarabangsa. Menurutnya lagi, fokus, teras dan agenda ini akan diperhalusi lagi dalam sesi seterusnya untuk mendapatkan maklm balas daripada pemimpin-pemimpin ABIM Negeri seterusnya memutuskan agenda bertindak untuk melaksanakannya.

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More