"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.1.07

Keahlian ABIM

Keahlian ABIM Pahang terbuka kepada semua lapisan belia Islam di negeri Pahang Darul Makmur yang berumur 15 hingga 40 tahun tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Permohonan keahlian akan diperakui oleh Setiausaha Agung ABIM. Ahli yang telah diluluskan permohonan keahliannya akan diberikan kad ahli dan nombor ahli yang sekaligus melayakkannya mendapat manafaat-manafaat sebagai seorang ahli ABIM.

Permohonan keahlian boleh dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan Keahlian ~klik di sini~ untuk muat turun borang, atau mengisi borang keahlian yang disediakan secara online dalam laman web ABIM Pusat di www.abim.org.my . Borang Permohonan Keahlian juga boleh diperoleh dengan datang ke Sekretariat ABIM Pahang atau menghubungi talian 016-9868625.

ABIM Pahang sangat mengalu-alukan keahlian baru daripada semua belia Islam di negeri Pahang yang berumur 25 hingga 40 tahun.


Kepimpinan ABIM Pahang

Jawatankuasa kerja ABIM Pahang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) dan dibantu oleh Exco-Exco Kanan yang terdiri daripada Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Setiausaha (SU), Setiausaha Kewangan (SUK), Ketua HELWA, dan Penolong Setiausaha (PSU). Semua exco kanan ini dilantik secara syura di Muktamar Belia Islam Pahang yang diadakan setiap tahun.


Bagi melancarkan lagi gerak kerja ABIM Pahang, YDP dengan perbincangan bersama exco kanan akan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa bagi mengetuai biro-biro seperti Biro Dakwah dan Tarbiyah, Biro Pendidikan, Biro Penerangan, Biro Perhubungan, dan Biro Tugas-Tugas Khas. Pelantikan ini dilakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ABIM itu sendiri.


Di peringkat daerah pula, jawatankuasa kerja juga dilantik secara syura semasa muktamar dan bertanggung jawab menjalankan gerak kerja ABIM di peringkat daerah masing-masing.

6 ulasan:

Saya pernah menganggotai ABIM-MISG UK/EIRE 1990-1994. Tapi tidak mendaftar sebagai ahli ABIM..Saya ingin menghubungi kembali sahabat2 yang seangkatan di UK dahulu, bagaimana caranya ye?

Anon - anda boleh menghubungi ABIM Pusat untuk menjejak semula rakan-rakan MISG UK/EIRE.

Salam....bagaimanakah cara sy ingin menjadi ahli ABIM Pahang?

Assalamualaikum wrt.,
Sdr. Radzihad Nadzri dialu-alukan untuk menjadi ahli ABIM Pahang. Caranya :
1- secara online di http://www.abim.org.my/old/index.php?option=com_forme&fid=1 . Maklum balas akan dilakukan oleh ABIM Pusat
2- beri alamat emel anda kepada abimpahang@gmail.com dan Borang Pendaftaran keahlian akan diemelkan.
3- Hubungi ABIM Pahang untuk terus membuat pertemuan dan menyertai aktiviti2.

Umur dah melebihi 40thn tapi berminat menjadi ahli Abim, bleh ke?

En. Abdul - keahlian ABIM hanya setakat 40 tahun. Walaubagaimanapun, En. Abdul boleh menjadi ahli Wadah Pencerdasan Ummat yang merupakan pertubuhan untuk ahli2 ABIM yang berusia 40 tahun ke atas. Boleh rujuk www.wadah.org.my

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More