"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.1.07

Sejarah Penubuhan ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1972. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Sdr. Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama-sama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.

Pada tahun 1974, Sdr. Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Sdr. Siddiq Fadzil telah dilantik menjadi Presiden ABIM pada tahun 1982. Sdr. Muhammad Nur Manuty pula telah dilantik sebagai Presiden ABIM pada tahun 1991. Pada September 1997 di Alor Setar, Kedah, Sdr. Ahmad Azam Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima. Bagi penggal seterusnya, bermula pada tahun 2005, Sdr. Yusri Muhammad telah menjadi Presiden ABIM yang keenam sehingga kini.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More