"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

5.1.07

Visi dan Misi

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM

'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'


Misi ABIM

'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'



Objektif dan Tujuan Penubuhan ABIM

  1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah sesuai dengan ajaran asasi Al-Quranul Karim dan Sunnah RasuluLlah SAW

  2. Menjalankan dakwah Islamiyah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat

  3. Mengembeleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat

  4. Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidangan-persidangan luar negeri

  5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More