"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.7.14

Ayuh Bersedekah Untuk Mereka Yang Memerlukan

...

27.6.14

ABIM Pahang Lancarkan Kempen Seorang Sekampit Beras 2014

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI PAHANG MELANCARKAN PROGRAM KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB) SEMPENA BULAN RAMADAN 1435H 25 JUN 2014 / 27 SYAABAN 1435H 1.      Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Ini kerana rahmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT jika kita memanfaatkan bulan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Bulan Ramadan dijanjikan pahala yang berganda selain peluang beribadah pada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 2.      Selain menunaikan ibadah khusus di dalam bulan Ramadan ini, umat Islam juga digalakkan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwwah fiLlah sesama umat Islam. Justeru, pelbagai ibadah dan...

23.11.13

HELWA Ziarah Wad Pos Natal

  HELWA ABIM Pahang meneruskan usaha mendekati wanita Muslimah dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Kali ini HELWA ABIM Pahang menziarahi ibu-ibu yang baru sahaja selamat melahirkan anak di Wad Pos Natal HTAA Kuantan. Program diadakan pada 22 November 2013.   Rombongan HELWA ABIM Pahang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ibu-ibu selain mengedarkan cenderahati tanda ingatan berpanjangan. HELWA turut menyampaikan maklumat-maklumat berguna khususnya perkara ibadah di kalangan ibu-ibu bersalin. ...

21.11.13

Usrah Gabungan WAPI

  Usrah Gabungan WADAH-ABIM-PKPIM-IKATAN Pahang sekali lagi diadakan bagi menghimpunkan semua aktivis dakwah supaya dapat disatukan pemikiran dan gerak kerja. Usrah Gabungan kali ini telah diadakan pada 21 November 2013 bertempat di Baitul Husna Bukit Sekilau.   Usrah Gabungan dipimpin oleh Ustaz Osman Din (Penolong Setiausaha WADAH Pahang) yang membincangkan ayat ke 5 dan 6 daripada Surah At-Taubah. Usrah Gabungan kali ini juga berkongsi cerita dan rasa mengenai kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Ahmad Ammar Abdul Rahman kerana kemalangan jalan raya di Turki. ...

16.11.13

Bengkel Profesionalisme Pendidik ABIM Pahang

ABIM Pahang menerusi Lembaga Pengelola TASKI-TAHFIZ-TASKA telah berjaya mengadakan Bengkel Profesionalisme Pendidik ABIM Pahang pada 16 November 2013 yang lalu. Bengkel sehari ini diadakan di Bilik Wawasan 2, Sekretariat MBNP Wisma Belia. Seramai 30 orang pendidik ABIM Pahang telah hadir dalam program ini. Di antara pengisian yang disediakan ialah ceramah 'Pengajaran Yang Berkesan', ceramah 'Tujuan Hidup Pendidik ABIM' dan ceramah 'Menjadi Pendidik Hebat'. Turut diadakan aktiviti LDK dan pembentangan. Program kali ini telah ditutup secara rasmi oleh Sdr. Faisal Aziz (Setiausaha Agung ABIM...

Pages 381234 »

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More