"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

6.1.07

Institusi ABIM Pahang

Bagi memastikan usaha dakwah dan tarbiyah dapat dilaksanakan dengan lebih profesional dan sistematik, ABIM Pahang sejak awal penubuhannya telah menubuhkan institusi pendidikannya sendiri yang menawarkan bidang pengajian peringkat pra sekolah dan sekolah rendah serta nurseri.

Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM

Terletak di Bandar Indera Mahkota, SERI ABIM Pahang telah beroperasi sejak tahun 1991. SERI ABIM Pahang menawarkan pengajian peringkat sekolah rendah yang menggabungkan kurikulum seimbang diantara akademik dan agama. Menggunakan moto 'DIDIK ASUH SAYANG', SERI ABIM Pahang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Kurikulum yang diajar akan mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah Islamiyah.

Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) ABIM

TASKI ABIM ialah institusi pendidikan yang ditawarkan untuk kanak-kanak pra sekolah yang berusia 4-6 tahun. TASKI ABIM mendedahkan kanak-kanak seawal usia 4 tahun dengan ilmu-ilmu keagamaan sebagai asas dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak diasuh supaya menjadi individu yang mempunyai asas agama, mahir fardhu ain, doa harian, tulisan jawi, akhlak, dan bacaan Al-Quran.

Kelas TAHFIZ ABIM

TAHFIZ ABIM pula ialah institusi pendidikan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah yang belajar di sekolah kebangsaan. Kelas-kelas TAHFIZ yang diadakan di sebelah petang mengajar kanak-kanak dengan kemahiran membaca Al-Quran, menghafaz ayat-ayat lazim, fardhu ain, sirah nabawiyah, dan akhlak.

TASKA ABIM Al-Ehsan

Merupakan nurseri penjagaan kanak-kanak bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja. Lokasi di Jalan Teluk Cempedak menjadikan TASKA ABIM tidak terganggu dengan hiruk pikuk bandar. TASKA ABIM menerima penyertaan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun. Kanak-kanak juga diajar menggunakan kurikulum yang dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More