KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
(ABIM) NEGERI PAHANG MELANCARKAN PROGRAM KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB)
SEMPENA BULAN RAMADAN 1435H
25 JUN 2014 / 27 SYAABAN 1435H
1.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang
ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Ini kerana rahmat dan ganjaran
yang dijanjikan oleh Allah SWT jika kita memanfaatkan bulan ini dengan
memperbanyakkan amal ibadah. Bulan Ramadan dijanjikan pahala yang berganda
selain peluang beribadah pada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
2.
Selain menunaikan ibadah khusus di dalam
bulan Ramadan ini, umat Islam juga digalakkan untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim dan ukhuwwah fiLlah sesama umat Islam. Justeru, pelbagai ibadah
dan dakwah bilhal juga digalakkan seperti menziarahi orang yang kurang
berkemampuan, menyantuni anak yatim, menjamu orang yang berpuasa berbuka puasa
serta melawat pesakit di hospital.
3.
Pada hari ini Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) Negeri Pahang melancarkan program-program bagi meningkatkan
lagi penghayatan umat Islam di dalam bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama
lagi.
4.
Program-program tersebut adalah seperti
berikut :
a.
Kempen Sedekah Seorang Sekampit Beras (KSSB)
b.
Street Dakwah Nuzul Quran
c.
Iftar Infaq Anak Yatim Baitul Husna
d.
Lawatan Mahabbah Pesakit HTAA
5.
Justeru ABIM Pahang menyeru
penglibatan semua umat Islam di seluruh negeri Pahang bagi mengambil peluang
sepanjang bulan Ramadan ini meningkatkan amal ibadah selain mengambil tahu dan
prihatin terhadap nasib umat Islam lain yang kurang berkemampuan.
6.
Program Kempen Sedekah Seorang Sekampit Beras
(KSSB) adalah program yang dilaksanakan di seluruh negara apabila tibanya bulan
Ramadan. ABIM Pahang akan bertindak sebagai platform untuk orang ramai
bersedekah. Semua sumbangan dan sedekah akan dijadikan barang-barang keperluan
dapur seperti beras, tepung, minyak dan lain-lain. Sumbangan barang-barang
keperluan ini akan diagih-agihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan,
miskin dan memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini. ABIM Pahang
mensasarkan sumbangan sehingga RM10,000 bagi menjayakan program KSSB kali ini.
Kaunter-kaunter sumbangan akan dibuka di masjid-masjid terpilih semasa solat
Jumaat.
7.
Program Street Dakwah Nuzul Quran pula
bertujuan untuk menyebarkan mesej agama mengenai kehebatan Al-Quran sebagai
mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Program ini akan diadakan
pada 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadan 1435H.
8.
ABIM Pahang juga menyeru umat Islam untuk menyantuni
anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini. Program Iftar Infaq Anak Yatim Baitul
Husna ini adalah untuk menaja majlis berbuka puasa kepada anak-anak yatim
penghuni Rumah Baitul Husna, Kampung Batu Hitam, Beserah, Kuantan.
9.
Seterusnya, ABIM Pahang juga mengajak
umat Islam untuk turut serta dalam program Lawatan Mahabbah Pesakit Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Lawatan ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan
kepada pesakit-pesakit HTAA selain beramah mesra dan menyampaikan sumbangan
kepada mereka. Program ini akan diadakan pada 15 Julai 2014.
10.
ABIM Pahang menyeru orang ramai untuk sama-sama
menyertai program yang dinyatakan samada sebagai sukarelawan ataupun urusetia
penggerak. Selain itu, ABIM Pahang juga memohon untuk mendapatkan
sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan bagi menjayakan program-progrm yang
telah dirancang ini. Semua sumbangan kewangan bolehlah disalurkan ke akaun Bank
Islam 06019010007678 (ABIM Negeri
Pahang) atau akaun Maybank 556093240368 (ABIM Negeri Pahang).
11.
Maklumat lanjut mengenai program-program
sepanjang bulan Ramadan ini boleh diperolehi seperti berikut :
a.
Blog ABIM Pahang :
http//abimpahang.blogspot.com
b.
Facebook : Abim Pahang
c.
Telefon : 019-2301003 (Hisyam) dan
019-9662840 (Mughis)
Disediakan oleh :
MUHAMMAD HISYAMUDIN BIN BAHARUDIN
Yang Dipertua ABIM Pahang
019-2301003
syamisme@gmail.com
Sekretariat ABIM Negeri Pahang
No. 2 Lorong Bukit Sekilau 48
Bukit Sekilau
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur.
0 ulasan:
Post a Comment