"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

4.1.07

Budaya ABIM

Bagi memastikan wujudnya kesatuan dan keseragaman dalam gerak kerja, ABIM Pahang mengamalkan budaya-budaya seperti berikut :-

  1. Menghayati Budaya Ilmu

  2. Menghayati Amalan Kerohanian

  3. Menghayati Amal Syura dan Amal Jama'iyy

  4. Memahami dan Melibatkan Diri Dengan Isu Semasa

  5. Menghayati Ruh - Jihad fi SabiliLlah


Kaedah Pelaksanaan

  1. Menimbulkan kesedaran Islamiyah melalui penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah, forum-forum, simposium-simposium, seminar-seminar dan lain-lain di kalangan masyarakat

  2. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pengkajian Islam (usrah) di dalam gerakan ini

  3. Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian di dalam bidang-bidang dan hal-hal yang berkenaan dengan Islam

  4. Melatih petugas-petugas dakwah Islamiyah

  5. Menjaga dan memupuk ukhuwwah Islamiyah di dalam dan di luar gerakan, samada di dalam mahu pun di luar negeri

  6. Menegakkan yang ma'aruf dan mencegah yang munkar

  7. Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan Islam yang benar-benar mendokong cita-cita Islamiyah

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More