"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

10.11.13

ABIM KECAM PEMBUNUHAN KETUA PENGUATKUASA JAIP, AHMAD RAFII ABDUL MALEK


10 November 2013

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas ke atas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek. Sesungguhnya ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana agama Islam tidak membenarkan kita mengambil nyawa orang lain sesuka hati.

Memandangkan pelbagai khabar angin yg tersebar menerusi pelbagai media,ABIM menyeru masyarakat agar bertenang serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta tindakan selanjutnya.

ABIM juga menggesa agar langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mengelakkan perkara ini berulang. Satu mekanisme kawalan keselamatan perlu difikirkan bagi penjawat awam yg berhadapan dgn risiko keselamatan nyawa terjamin.

ABIM ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek. Beliau merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanahnya. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh kita semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

5.11.13

Tahniah Dr. Zaleha

Sumber Imej : Utusan
ABIM Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin kerana telah terpilih untuk menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat negeri Pahang. Prof. Dr. Zaleha merupakan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga pernah dilantik sebagai Exco ABIM Pusat.

ABIM Pahang mendoakan beliau akan terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berkhidmat kepada ummat selagi hayatnya dikandung badan.

4.11.13

Diskusi Mengenai Universal Periodic Review






Bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai Universal Periodic Review (UPR) yang dikendalikan oleh PBB di Geneva, ABIM Pahang telah mengadakan diskusi bersama Sdr. Jufitri Joha (Naib Presiden ABIM). Diskusi yang diadakan pada 4 November 2013 itu bertempat di Bilik Wawasan 1, Sekretariat MBNP, Wisma Belia Indera Mahkota.

Dalam diskusi tersebut, Sdr. Jufitri menjelaskan latar belakang UPR, tuntutan dan lobi yang dibuat oleh NGO Hak Asasi Manusia, usaha yang dilakukan oleh MUSLIMUPRO serta agenda  bertindak yang perlu dilaksanakan oleh ABIM di semua peringkat.

2.11.13

Karnival Muslimah Suntik Motivasi Wanita Muslim

 
HELWA ABIM Pahang telah berjaya menganjurkan program Karnival Muslimah pada 2 November 2013 yang lalu. Program ini dilihat sebagai komitmen HELWA ABIM Pahang untuk membina wanita Muslim yang berilmu dan berdaya saing dalam apa jua bidang yang diceburi. Bertempat di Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, Karnival Muslimah menghidangkan pelbagai pengisian kepada pesertanya.


Sesi pagi dimulakan dengan pengisian ilmu mengenai Kaedah Pencegahan Payudara dan Kehebatan Susu Ibu yang telah disampaikan oleh Dr. Norezmas Mahno (Ketua HELWA ABIM Pahang) dan Pn. Che Hasni Hussain (Kaunselor Breastfeeding Kuantan). Sesi tengahari pula dimeriahkan dengan penampilan istimewa Catriana Ross dalam forum bertajuk 'Cabaran Muslimah Alaf Baru'.

Program turut diselangi dengan Fashion Show sebelum sesi petang disampaikan oleh Pn. Fadhlina Sidek (Naib Presiden ABIM) dan Pn. Martineili Hashim (UIAM Gombak) yang mengupas tajuk 'Hak-Hak Wanita Islam'.

27.10.13

UNIVERSAL PERIODIC REVIEW (UPR): RESPON DAN PANDANGAN ABIM


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memantau secara berterusan perkembangan membabitkan Semakan Berkala Sejagat - Universal Periodical Review (UPR) yang sedang dilalui oleh Malaysia di Geneva, Switzerland. Komitmen dilandaskan pada hakikat Karamah (kemuliaan) Insaniah yang dijunjung dalam Islam sepertimana yang dituntut dalam surah Al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud,”Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

Sebelum proses UPR di Geneva pada ketika ini, ABIM telah mengadakan usaha advokasi dan konsultasi secara aktif dengan pelbagai pihak berkepentingan menerusi pelbagai medium serta saluran. Di peringkat ASEAN, pada September 2012, ABIM telah menghantar wakil ke 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila, Filipina.

Menerusi sidang tersebut, ABIM sebagai satu-satunya Civil Society Organisation (CSO) berorientasi Islam yang mewakili Malaysia dan negara-negara ASEAN telah menyampaikan bantahan terhadap sebarang usaha untuk mendokong gagasan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) untuk dijadikan sebahagian daripada Draf Akhir Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Bersempena tarikh semakan di Geneva, delegasi ABIM telah menghadiri ‘Diskusi Semakan Berkala Sejagat dan Status Hak Asasi Manusia Malaysia’ anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) pada 22 Oktober 2013. Diskusi dan pembentangan yang turut dihadiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB), Global Moderate Movement (GMM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan beberapa organisasi penting yang lain.

Berdasarkan kepada pengamatan dan penglibatan ABIM, kami mengharapkan agar beberapa perkembangan positif yang diusahakan kerajaan Malaysia selepas proses penilaian UPR pertama pada tahun 2009 yang lalu dalam sektor pendidikan, sosial serta ekonomi dapat diteruskan dan dipertingkatkan. Dalam bidang pendidikan sebagai contohnya, dasar kerajaan untuk menjamin akses bagi mendapatkan pendidikan percuma yang lebih luas merupakan sesuatu inisiatif yang harus dihargai.

Adalah menjadi harapan agar rekomendasi para perwakilan luar agar langkah-langkah, seperti menjamin akses kepada perkhidmatan kesihatan percuma yang luas dan kediaman, pada kos yang rendah serta berpatutan, dapat diterima oleh pihak kerajaan.

Di sebalik pencapaian tersebut, ABIM mengharapkan agar kerajaan Malaysia perlu mengambil perhatian serius beberapa saranan yang dikemukakan para perwakilan antarabangsa. Saranan tersebut khususnya isu perlaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). ABIM berpandangan bahawa perlaksanaan akta-akta tersebut, bukan satu-satunya penyelesaian mutlak ke atas rentetan kes-kes jenayah yang semakin membarah di negara ini.

Dalam hal ini, ABIM turut menggesa kerajaan agar bersikap inklusif terhadap sebarang sumbang saran yang dikemukakan rakyat terhadap dasar-dasar berkaitan pemeliharaan hak sivil dan kebebasan politik, kerana ia jelas memberi implikasi negatif kepada komuniti antarabangsa terhadap tekanan hak asasi masyarakat sivil dan kebebasan berpolitik di negara ini.

ABIM juga menggesa kerajaan terutama sekali pihak yang berkenaan memperkemaskan mekanisme pengurusan serta pentadbiran untuk orang pelarian, pemohon suaka politik serta warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Aspek sokongan kebajikan dan sosio-ekonomi yang sedia ada perlu diperkemaskan dengan kerjasama UNHCR dan NGO kemanusiaan dalam negara.

Berdasarkan kepada beberapa kes yang berlaku sebelum ini, yang membabitkan pelarian serta pemohon suaka politik yang dihantar pulang khususnya pelarian Uyghur di China, Malaysia perlu lebih tegas dalam memelihara hak asasi manusia yang teraniaya walaupun Malaysia masih belum menandatangani Perjanjian berkaitan Status Pelarian 1951.

Satu lagi isu yang banyak disuarakan dalam sesi pendengaran Malaysia ialah isu kebebasan beragama. Walaupun ABIM menghormati peruntukan Artikel 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, sebagai masyarakat beragama kita menolak setegas-tegasnya usaha untuk mengarusperdanakan kebebasan individu tanpa batasan khususnya amalan LGBT. ABIM turut menyarankan agar pihak kerajaan agar lebih serius dan proaktif dalam usaha menyelesaikan pertikaian melibatkan isu-isu sensitiviti agama.

Bagi tujuan tersebut, ABIM menyarankan agar Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JPKA) yang diluluskan oleh Jemaah Kabinet harus diberikan nafas baru dengan peranan yang lebih signifikan dalam penyelesaian konflik antara penganut agama. Adalah satu tren yang membimbangkan seandainya polemik-polemik keagamaan sebegini diheret ke mahkamah perundangan. Pada masa yang sama, sebarang provokasi melampau dari mana-mana kelompok yang ekstrim harus ditangani secara tegas menerusi saluran perundangan yang adil serta saksama!  

Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Naib Presiden Antarabangsa, 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More