"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

24.9.13

Solidariti Mesir Dan Kempen Malaysia 4 R4BIA


Situasi yang berlaku di Mesir telah menyentuh hati dan perasaan umat Islam seluruh dunia. Ratusan rakyat Mesir yang dibunuh kerana membantah penggulingan Presiden Dr. Morsi jelas turut dirasai kesedihannya sehingga ke negeri Pahang. ABIM Pahang telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Malam Solidariti Rakyat Mesir pada 24 September 2013 bertempat di Kuantan Parade. Program ini dianjurkan bersempena dengan Ekspo Buku Islam Pahang 2013.

 
Di antara aktiviti yang disajikan kepada pengunjung ialah Pidato Solidariti yang disampaikan oleh Sdr. Faisal Aziz (Setiausaha Agung ABIM), Perkongsian Pengalaman di Tahrir oleh Sdr. Muhammad Faiz (YDP ABIM Mesir), Flashmob Solidariti oleh pelajar-pelajar Kuliah Farmasi UIAM Kuantan serta kutipan derma bagi disalurkan kepada rakyat Mesir. 


Di akhir program, Sdr. Faisal Aziz telah melancarkan Kempen Malaysia 4 R4BIA peringkat negeri Pahang

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More