"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

16.9.13

Induksi ABIM Pahang Rangka Perancangan Dakwah


Selepas Muktamar Sanawi selesai dijalankan, ABIM Pahang mengadakan Induksi Pimpinan pada 16 September 2013 bertempat di Taska ABIM Al-Ihsan, Jalan Teluk Cempedak, Kuantan. Induksi selama sehari itu telah dihadiri semua AJK ABIM Pahang bagi sesi 2013/2014.


Induksi Pimpinan ini menjadi lebih bermakna apabila Presiden ABIM, Sdr. Amidi Abdul Manan turut meluangkan masa untuk hadir. Beliau mengambil kesempatan untuk menerangkan Teras dan Agenda Bertindak ABIM Pusat yang akan dilaksanakan untuk sesi kali ini.

Sepanjang sesi Induksi Pimpinan kali ini, AJK ABIM Pahang telah merancang pelbagai aktiviti dakwah untuk semua peringkat masyarakat negeri Pahang. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More