"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

11.10.11

Nota Usrah : Taubat Nasuha

Usrah mingguan ABIM Pahang pada 5/10/2011 telah membincangkan tajuk 'Taubat Nasuha' dengan merujuk kepada ayat ke 70 dan 71 Surah Al-Furqaan.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Perbincangan tajuk ini merujuk kepada tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradawiy dalam bukunya 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman; Ciri Yang Allah Sebutkan 1500 Tahun Lalu.

  1. Orang yang mengerjakan dosa dan kemungkaran tidak sama sekali tertutup pintu untuk mereka memohon ampun dan maaf terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
  2. Allah menawarkan taubat kepada hambaNya yang bersalah kerana Allah mengetahui kelemahan mereka, sering dikuasai hawa nafsu, tewas dengan bisikan syaitan, hingga menyebabkan mereka melakukan dosa.
  3. Nasuha bermaksud terlepas daripada kepura-puraan, kepalsuan dan kedustaan
  4. Taubat Nasuha tidak seperti taubatnya para pendusta, yang bertaubat hanya pada lidah, tetapi hati masih tetap ingin mengerjakan kembali kederhakaan
  5. Rukun taubat ialah : Penyesalan, berazam untuk tidak mengulang lagi dosa, Memutuskan secara langsung dengan dosa yang pernah dilakukannya
  6. Penyesalan disertai dengan rasa kecewa, kesedihan dan kerugian yang menggigit hati, membakar diri apabila setiap kali dia teringat akan kesalahannya.
  7. Seseorang yang bertaubat tetapi tetap berada di antara satu dosa dengan dosa yang lain, dia masih cenderung untuk melakukan dosa. Maka dia mestilah bertekad untuk tidak mengulang lagi dosanya selepas bertaubat.
  8. Taubat juga peralihan daripada penderhakaan kepada ketaataan, daripada keburukan kepada kebaikan, peralihan dari jalan syaitan ke jalan Allah.
  9. Taubat yang tulen akan diikuti dengan peningkatan iman, seterusnya diikuti dengan melakukan amal-amal soleh.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More