"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

27.9.11

Rumah Ahli ABIM Terbakar, ABIM Pahang Rayu Sumbangan


ABIM Pahang sangat berdukacita dengan musibah yang telah menimpa Sdr. Salleh Taha apabila beliau dan keluarga telah diuji dengan kejadian kebakaran rumahnya. Kejadian yang berlaku pada Jumaat 23/9/2011 jam 11.30 pg itu telah menyebabkan beliau dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang. Semua kelengkapan rumahnya telah musnah dijilat api. Lokasi kejadian ialah di Taman Lipis Baru, Kuala Lipis.

 

Sdr. Salleh Taha merupakan ahli senior ABIM Pahang dan bergiat aktif dalam kegiatan dakwah di daerah Lipis. Beliau meneruskan perjuangan dakwahnya pada hari ini bersama WADAH Negeri Pahang.

 

Menurut beliau, kejadian kebakaran itu berpunca daripada kebocoran gas daripada tabung gas yang baru dibeli. Kewujudan punca api di dapur pada masa yang sama telah menyebabkan kebakaran terus berlaku dan memusnahkan semua peralatan rumah dalam masa yang pantas. Namun, beliau bersyukur kerana tiada kecederaan yang berlaku kepada beliau dan ahli keluarganya.

 

Menurutnya lagi, beliau dan keluarga redha dengan ujian yang diberikan ALlah ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan taulan yang datang menziarah serta menyampaikan sumbangan.

 

Beliau juga telah terpilih sebagai tetamu Allah ke BaituLlah pada musim haji kali ini dan insya Allah akan berangkat ke Tanah Suci pada pertengahan Oktober nanti.

 

ABIM Pahang menyeru kepada semua pihak untuk menyampaikan sumbangan terutama dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Sdr. Salleh dan keluarganya. Sumbangan terus boleh dibuat melalui akaun Public Bank bernombor 4511412734. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui ABIM Pahang atau WADAH Pahang. Sebarang maklumat lanjut mengenai sumbangan boleh diajukan kepada Sdr. Mahadi (Setiausaha ABIM Pahang) di talian 013-4897703

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More