"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

16.9.11

Malam Miftah Perjuangan PKPIM Kuantan


Sebagai tradisi untuk mengeratkan ukhuwwah, Malam Miftah Perjuangan dianjurkan oleh adik-adik PKPIM Kuantan. Program yang diadakan pada 14 September 2011 ini bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli baru PKPIM Kuantan yang baru menamatkan pengajian asasi dan meneruskan perjuangan di kampus UIAM Kuantan. Program telah diadakan di Kuliyyah Farmasi dan dihadiri seramai 50 orang peserta.


ABIM Pahang turut menghadiri program ini bagi tujuan sokongan dan menzahirkan kepentingannya. Diwakili oleh YDP, Setiausaha dan Penolong Setiausaha, ABIM Pahang sentiasa menyokong semua program yang dianjurkan oleh adik-adik PKPIM Kuantan. Turut hadir ialah Presiden ABIM iaitu Sdr. Amidi Abdul Manan serta Sdr. Aliemran yang merupakan Naib Presiden (Kebangsaan) PKPIM.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More