Dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ABIM Pahang telah menyusun aktiviti bagi memanfaatkannya. Program yang dinamakan Semurni Kasih Ramadan 2011 ABIM Pahang ini terdiri daripada beberapa program. Program-program tersebut adalam seperti berikut :
- Kempen Seorang Sekampit Beras - merupakan program kebajikan dengan mengumpulkan sedekah orang ramai berbentuk beras kampit dan kewangan. Tempoh pengumpulan sumbangan bermula pada 1 Ramadan 1432H sehingga 21 Ramadan. Proses pengagihan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula 22 Ramadan.
- Iftar Infaq Anak Yatim Baitul Husna - merupakan program berbuka puasa bersama anak yatim. Setiap peserta akan menaja seorang anak yatim Baitul Husna untuk berbuka puasa. Bayaran penyertaan ialah RM10 seorang.
- Iftar Jamaiy ABIM Pahang - majlis berbuka puasa untuk semua ahli ABIM Pahang yang akan diadakan pada 19 Ramadan 1432H bertempat di SERI ABIM Indera Mahkota.
- Qiyamullail - diadakan untuk menggandakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan ini. Program akan diadakan pada 20 Ramadan 1432H jam 3.30 pagi bertempat di SERI ABIM Indera Mahkota.
0 ulasan:
Post a Comment