"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

18.8.11

Pengagihan Beras Fasa Pertama


CHERATING, 17 Ogos 2011 - Bagi memenuhi amanah orang ramai yang melakukan amalan sedekah di bulan Ramadan ini, ABIM Pahang telah memulakan fasa pertama pengagihan beras-beras kampit dan barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. Lokasi yang dipilih ialah Kampung Cherating, Kuantan. Pengagihan ini juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Sdr. Darus yang merupakan Setiausaha JKKK di kawasan berkenaan.

Pengagihan ini merupakan salah satu gerak kerja dalam program Kempen Seorang Sekampit Beras yang telah dilancarkan pada awal bulan Ramadan lalu.

Seramai 9 orang aktivis ABIM Pahang telah turut serta untuk mengagihkan beras kampit dan barang keperluan. Seramai 12 orang penerima telah dipilih untuk fasa pertama ini. Mereka terdiri daripada warga emas, penghuni rumah PPRT, anak yatim piatu serta penduduk yang sakit terlantar.

Pengagihan yang bermula jam 2.30 petang itu telah selesai kira-kira jam 4.30 petang. Semasa pengagihan dilakukan, ahli-ahli ABIM Pahang turut beramah mesra dengan para penerima sebagai tanda ingatan dan sokongan moral. Semoga sumbangan ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada para penerima dalam menghadapi bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More