"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

27.8.11

Pengagihan Beras Fasa Ketujuh di Kampung Balok

 

Pengagihan fasa ke tujuh dan terakhir telah disempurnakan di sekitar Kampung Balok, Kuantan. Dengan kerjasama Puan Sharifah yang merupakan wakil JKKK, sebanyak 15 keluarga telah menerima sumbangan beras dan barang-barang keperluan dapur yang didermakan dalam KSSB tahun ini. Seramai 7 orang aktivis ABIM Pahang telah melaksanakan amanah sedekah orang ramai ini pada petang tersebut.

 

Penerima-penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, sakit terlantar dan anak yatim. Semua penerima sangat-sangat menghargai sumbangan yang disampaikan dan mereka mendoakan kepada semua penyumbang supaya dimurahkan rezeki.

Pengagihan fasa ke tujuh ini sekaligus menutup tirai program Kempen Seorang Sekampit Beras 2011 anjuran ABIM Pahang sepanjang bulan Ramadan 1432 pada tahun ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More