"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

23.8.11

Pengagihan Beras Fasa Ketiga di Kampung Peramu


ABIM Pahang meneruskan misi menunaikan amanah sedekah orang ramai dalam sesi pengagihan fasa ketiga program Kempen Seorang Sekampit Beras. Pengagihan yang diadakan pada 23/8/2011 ini bertumpu di Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, Kuantan. Sesi pengagihan yang bermula jam 2.30 petang selesai pada jam 4.30 petang.

Seramai 20 keluarga penerima telah ditentukan oleh pihak JKKK Kampung Peramu sendiri. Rombongan ABIM Pahang juga telah mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Pengerusi JKKK yang membawa dari rumah ke rumah untuk membuat penyampaian sumbangan. Penerima-penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan hilang upaya bekerja disebabkan sakit.

Semoga dengan sumbangan yang disampaikan pada petang ini sedikit sebanyak dapat memberikan sinar kebahagian kepada para penerima apatah lagi dengan kehadiran bulan Syawal yang sudah semakin hampir.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More