"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

27.8.11

Pengagihan Beras Fasa Keenam di Kampung Alor Ladang, Beserah

 

Pengagihan beras dan barang-barang keperluan dapur diteruskan lagi untuk fasa keenam di Kampung Alor Ladang, Beserah, Kuantan. Seramai 7 orang aktivis ABIM Pahang terlibat dalam pengagihan ini. Pengagihan di kampung ini telah dibantu oleh Pak Long yang merupakan Tok4 di kampung ini.

 

Seramai 12 keluarga telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan di kampung ini. Mereka terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan warga emas. Lebih istimewa, pengagihan di Kampung Alor Ladang ini turut disertai oleh Sdr. Amidi bin Abdul Manan, Presiden ABIM Pusat.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More