"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

24.8.11

Pengagihan Beras Fasa Keempat di Kampung Orang Asli

Gerak kerja mengagihkan sumbangan beras dan barang-barang keperluan diteruskan lagi hari ini. Fasa ke 4 pengagihan ini dilakukan di Perkampungan Orang Asli Batu 14, Jalan Gambang, Kuantan. Kehadiran rombongan ABIM Pahang dibantu oleh Abang Yazid yang merupakan Penggerak Orang Asli JAKIM. Pengagihan bermula jam 3.30 petang dan selesai jam 4.30 petang.

Walaupun sumbangan disediakan untuk 15 penerima, namun hanya 6 keluarga penerima sahaja yang menerima sumbangan pada petang ini. Selebihnya tiada di rumah atau sedang keluar bekerja. Dengan sumbangan yang diberikan ini, insyaAllah akan menambahkan lagi kegembiraan masyarakat orang asli yang tinggal di sini bagi menyambut Syawal yang akan datang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More