"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

21.8.11

Pengagihan Beras Fasa Kedua

Pengagihan Beras yang disedekahkan oleh orang ramai dalam program Kempen Seorang Sekampit Beras 2011 masuk ke fasa kedua petang tadi. Sebanyak 20 kampit beras telah diagihkan dengan kerjasama JKKK Kampung Bukit Sekilau, Kuantan.

Beras-beras kampit tersebut telah diagihkan dalam program Jalinan Mesra Ramadan Bersama YB Dato' Hj. Sahfri yang merupakan Exco Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Program yang telah diadakan di perkarangan rumah salah seorang warga emas Kampung Bukit Sekilau.

Dalam program tersebut, beras-beras kampit telah diagihkan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang menetap di kampung ini. Program ini dianjurkan oleh JKKK Kampung Bukit Sekilau dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More