KUANTAN, 10 Julai 2011 - Bagi memenuhi keperluan sebuah pertubuhan, ABIM Pahang telah mengadakan Muktamar Sanawi kali ke 38 pada hari ini. Muktamar ini juga diadakan secara selari dengan WADAH dan IKATAN Pahang di dalam program Ijtimak Harakiy Pahang kali ke 3. Program telah diadakan di Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM, Bandar Indera Mahkota.
Ijtimak Harakiy ke 3 Pahang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Azam bin Abdul Rahman yang merupakan Naib Presiden WADAH. Turut hadir ialah Ustaz Mohd Naim Mohd Nor yang merupakan Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat.
Dalam muktamar kali ini, barisan kepimpinan ABIM Pahang untuk sesi 2011/2012 telah diumumkan seperti berikut :
Yang Dipertua : Muhammad Hisyamudin bin Baharudin
Timbalan Yang Dipertua : Ahmad Damanhuri bin Abdul Rashid
Setiausaha : Mahadi bin Deraman
Penolong Setiausaha : Abdul Aziz bin Abdul Rahman
Setiausaha Kewangan : Mohd Adlan bin Badaruddin
Ketua HELWA : Amal binti Abdul Halim
0 ulasan:
Post a Comment