"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

20.8.11

Kursus Asas Fasilitator Ideal (KAFI)


Bagi melengkapkan ahli-ahli Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) dengan ilmu dan kemahiran kefasilitatoran, program Kursus Asas Fasilitator Ideal (KAFI) telah dianjurkan. Program yang merupakan aktiviti tahunan IKATAN ini dilihat sangat penting dalam menyediakan barisan fasilitator yang benar-benar memahami tugas dan peranan mereka apabila menganjurkan program-program motivasi.

Program selama dua hari satu malam itu telah diadakan pada 13 dan 14 Ogos 2011 bertempat di Rumah Keluarga Tok Ali, Kampung Melayu Sempalit, Raub. IKATAN juga merupakan sayap pelajar dalam komponen keluarga besar jemaah di negeri Pahang.

Yang Dipertua ABIM Pahang dijemput untuk menyempurnakan pengisian penutup program ini. Dalam ucapannya, YDP ABIM Pahang menghuraikan perkaitan di antara tugas seorang fasilitator dengan agenda dakwah, menjelaskan perincian seorang daie yang bebas dan merdeka serta mengukuhkan gagasan Ikan Pulang Ke Lubuk (IPKL) kepada para peserta.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More