

Sebanyak dua kertas kerta yang dibentangkan. Pertama ialah "RMK 10 - Peranan dan Peluang Generasi Belia Negeri Pahang" yang telah disampaikan oleh En. Suhaimi bin Mohd Yunus. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian (Makro), Bahagian Perancang Ekonomi (BPEN) Negeri Pahang. Manakala kertas kerja kedua bertajuk "Peranan PKNP Membangunkan Usahawan Di Negeri Pahang". Kertas kedua ini disampaikan oleh En. Nasry bin Kassin yang merupakan Penolong Pengurus Pusat Bimbingan Usahawan (PBUN), Perbadaan Kemajuan Negei Pahang (PKNP).

Konvensyen ini telah berjaya memberikan maklumat kepada para belia mengenai perancangan ekonomi negeri Pahang selain peluang-peluang yang ada bagi para belia menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya.
0 ulasan:
Post a Comment