"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

5.8.11

Abim Gigih Bantu Penduduk Miskin


KUANTAN – Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) negeri Pahang terus mengorak langkah membantu golongan yang memerlukan bagi memberi keinsafan kepada umum.

Timbalan YDP, Ahmad Damanhuri Abdul Rashid berkata, program Semurni Kasih Ramadan sudah memasuki tahun ke-5 dan sejak pelancarannya ia mendapat perhatian banyak pihak.

Menurutnya antara aktiviti yang dilakukan adalah kempen seorang sekampit beras, kuiz Al-Quran dan berbuka puasa.

“Kami memerlukan sumbangan dan perhatian masyarakat di luar sana dalam usaha untuk merealisasikan impian golongan kurang kemampuan ini yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan mualaf.

“Harapan saya semoga ramai dermawan di sana sudi menghulurkan sumbangan semata-mata untuk melihat sekalian umat Islam di negara kita ini dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan gembira,” katanya.

Selain itu, mereka juga digalakkan untuk menyumbang wang ataupun keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dab sebagainya.

“Tempoh pengumpulan ba-rangan dan wang ringgit ini adalah bermula sejak 4 Ramadan lagi sehingga 21 Ramadan (Ogos) ini, manakala kerja-kerja pengagihan akan dijalankan mulai 22 hingga 28 Ramadan ini.

Oleh itu, Abim mengalu-alukan sumbangan masyarakat dalam usaha untuk membantu golongan memerlukan ini di samping amal kebajikan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungai Ahmad Damanhuri di talian 019-2263577.

Sumber : Sinar Harian Pahang

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More