"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

21.8.11

3 Lagi Pertubuhan Islam Pertahankan Tindakan JAIS






Tiga lagi pertubuhan Islam mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS memeriksa gereja Methodist Damansara Utama, DUMC 3 Ogos lalu.

Malah, NGO itu juga menyokong tindakan JAIS mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah jika ada bukti kukuh bahawa wujud usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak berkenaan.

Pertubuhan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM dan Wadah Pencerdasan Umat Islam, Wadah menyuarakan pendirian mereka pada sidang media bersama, siang tadi.

(AMIDI ABDUL MANAN/PRESIDEN ABIM) : "Kami merasa amat kesal dengan keengganan pihak DUMC dan HK untuk menggunakan saluran dialog menyelesaikan kemelut ini. Kami juga ingin mengetengahkan peringatan tegas agar sebarang aktiviti serupa yang meragukan sepertimana membabitkan HK dan DUMC tidak diulangi lagi."

Turut dikesalkan, dua lagu kesyukuran berbahasa Bahasa Melayu, "Allahu Akbar dan Alhamdulilah" yang disalah guna gereja berkenaan.

Sumber : Web Berita TV3

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More