"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

28.7.11

Usrah Bersama Presiden Baru ABIM


KUANTAN, 27 Julai 2011 - Selepas selesai Muktamar Sanawi ABIM kali ke 40, ABIM Pahang telah mengadakan pertemuan bersama Presiden ABIM yang baharu, Sdr. Amidi Abdul Manan. Pertemuan dalam bentuk usrah bersama Presiden ABIM ke 8 itu diadakan di Anjung Sekilau.

Dalam pesanannya, Sdr. Amidi mengingatkan perihal masalah defisit dakwah yang sedang berlaku pada sekarang. Ini memerlukan ABIM memperhebatkan gerak kerja dakwah supaya mesej Islam akan terus hidup di tengah-tengah ummat. Selain itu, pesanan supaya memperkukuhkan organisasi dan sekretariat serta mengimbangkan keperluan bersama komponen jemaah lain iaitu WADAH dan IKATAN turut ditekankan.

ABIM Pahang juga menyatakan komitmen untuk membantu Sdr. Amidi dalam menunaikan amanah besar yang sedang dipikulnya.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More