"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

24.7.11

Mantan YDP Dilantik Presiden ABIM ke 8


KAJANG, 24 Julai 2011 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan Muktamar Sanawi ke-40 ABIM atau Mesyuarat Agung Tahunan pada 22-24 Julai 2011 bersamaan 20-22 Sya’aban 1432h di Tapak Expo Pertanian MAHA (MAEP) Serdang.  Dalam mesyuarat Agung Tahunan ke-40 ABIM ini yang mengangkat tema ‘Memacu Wawasan Tamadun Khayra Ummah’.

Sehubungan dengan itu, Sdr. Amidi Abdul Manan (gambar) telah dipilih sebagai Presiden ABIM ke 8 bagi sesi 2011-2013. Sdr. Amidi pernah dilantik menjadi YDP ABIM Pahang untuk sesi 2005-2009.

ABIM Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More