"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

1.6.11

TURDA : ABIM Temerloh Diaktifkan Semula

Program Turun Daerah (TURDA) diteruskan oleh Setiausaha Agung ABIM (SUA) dengan destinasi seterusnya ialah Temerloh. Kehadiran saudara Raimi diiringi oleh saudara Jufitri Joha, Exco Hubungan Antarabangsa serta saudara Abdul Hakim Shahbuddin, staf ABIM disambut oleh saudara Muhammad Hisyamudin, YDP ABIM Pahang dan saudara Mohd Faiq Fattah, YDP ABIM Temerloh yang baru di Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman-taman Perumahan Bahagia Daerah Temerloh.


TURDA bertujuan untuk mendekati ABIM Daerah dan mengetahui perkembangan terkini aktiviti ABIM Daerah. ABIM Temerloh telah diaktifkan semula di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 15 Februari 2011 sempena keberkatan hari kelahiran Rasulullah. Kali terakhir ABIM Temerloh aktif adalah pada tahun 2005.

Menurut saudara Nazri Hashim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh, kehadiran ABIM Temerloh amat signifikan dalam mengisi program-program kerohanian setempat dan beliau bercita-cita melihat ABIM Temerloh menganjurkan futsal yang menjadi kegilaan para belia namun apabila tiba waktu solat mereka akan berhenti dan menunaikan solat berjemaah di tengah-tengah gelanggang. ABIM Temerloh ketika ini dikepalai oleh saudara Mohd Faiq Fattah dan dibantu oleh 7 ahli jawatankuasanya. Selain kehadiran saudara Nazri Hashim selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh, pertemuan pada kali ini turut dihadiri oleh Encik Taha, Pengerusi KRT dan juga Setiausaha 4B Daerah Temerloh.

Sumber : ABIM Pusat

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More