"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

15.5.11

Wacana Memahami Perundangan Syariah : Hukum Qazaf


KUANTAN, 14 Mei 2011 - ABIM Pahang telah menganjurkan satu program yang dinamakan Wacana Memahami Perundangan Syariah : Hukum Qazaf pada hari ini bertempat di Masjid Saidina Ali, Bukit Sekilau, Kuantan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada umat Islam setempat mengenai Hukum Qazaf sebagimana yang termaktub dalam Perundangan Syariah.


Dua sesi pembentangan telah disempurnakan oleh dua orang tokoh ilmuwan yang terkenal iaitu Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Mantan Presiden Persatuan Ulamak Malaysia) dan Ustaz Zuridan bin Daud (Universiti Malaysia Pahang). Program ini dilihat telah memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat umum untuk memahami hukum qazaf dan implikasinya dalam kehidupan pada masa kini.



0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More