"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

4.4.11

Lynas: ABIM sedia jadi orang tengah, gesa Pahang faham penduduk risau



KUALA LUMPUR, 31 Mac – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan negeri mengadakan dialog dengan masyarakat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan yang membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan.

ABIM berkata, pihaknya memandang berat kenyataan Menteri Besar Pahang hari ini yang menyatakan bahawa pembinaan kilang pemprosesan sisa radioaktif di Gebeng, adalah selamat serta tidak menjejaskan keselamatan penduduk persekitaran.

“Dialog ini amat perlu untuk mencari titik persefahaman di sebalik percanggahan serta perbezaan pandangan yang diutarakan kedua-dua pihak.

“ABIM turut menyarankan agar pihak kerajaan negeri memahami kerisauan dan kebimbangan rakyat terutama sekali di kawasan Perindustrian Gebeng dan kawasan sekitarnya,” kata Timbalan Presiden ABIM Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kerisauan ini sebenarnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutama sekali setelah tragedi kebocoran radioaktif di Jepun baru-baru ini, dan suatu ketika dahulu,kawasan Tasik Bukit Merah di Perak.

“Merujuk konteks tragedi Bukit Merah, kita telah menyaksikan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat setempat meskipun pada satu ketika telah menerima jaminan keselamatan daripada pihak-pihak berkenaan terutama sekali kerajaan negeri Perak,” katanya.

Kata beliau, menjadi harapan menerusi pertemuan itu nanti, kedua-dua pihak akan sama-sama menemukan kebenaran untuk membolehkan keputusan akan diambil dapat menjamin kepentingan bersama dan yang paling utama kepentingan generasi akan depan.

Dalam hal ini, kata beliau, ABIM sedia menawarkan diri sebagai platform perantaraan dan perbincangan antara kedua belah pihak.

Kelestarian alam dan kelangsungan generasi bukanlah satu isu yang sewenangnya boleh dijadikan modal politik untuk pihak tertentu mengejar dan mempertahankan kepentingan pihak tertentu, tambah beliau.

“Justeru,proses dialog dan perbincangan seharusnya dibudayakan agar sebarang perancangan serta pelaksanaan sesebuah dasar dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More