"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

24.4.11

Kupasan Buku 'Qazaf Menjawab Fitnah' Dalam Slot Duniaku Buku IKIM.fm


Kupasan Buku : QAZAF MENJAWAB FITNAH (Terbitan ABIM@2011)
Radio IKIM.fm (91.5 mhz)
Kelolaan : Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Tetamu Jemputan Khas :
1. Sdr Mohd Raimi (S/U Agong ABIM Pusat).
2. Ustaz Mohd Naim Mohd Noor ( Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat@penyunting Buku QAZAF).

Tarikh : 14hb April 2011 - Jam : ( 9.15 pm – 9.50 pm ).

SOALAN : SEBAGAI SETIAUSAHA AGONG ABIM APAKAH AKTIVITI-AKTIVI UTAMA YANG DIJALANKAN OLEH ABIM?

MOHD RAIMI :
  • ABIM mengutamakan Budaya Ilmu dan pendidikan (tarbiah) khususnya melalui bidang penerbitan .
  • Sejak 1971 ABIM sebagai sebuah badan dakwah telah mempromosikan Islam khususnya kepada para belia di bawah 40 tahun.
  • Satu daripada kaedahnya melalui bidang penerbitan ilmiah saperti RISALAH ABIM yang amat terkenal satu ketika dulu(dan akan diterbitkan semula).
  • ABIM telah menerbitkan lebih daripada 100 buah buku dikarang oleh para ulama dan intelektual Islam tempatan dan atarabangsa.
  • Untuk tahun ini ABIM dalam Siri Pendidikan Masyarakat (Siri 1) kami terbitkan Buku Al-QAZAF MENJAWAB FITNAH (sebagaimana yang akan kita bincangkan pada malam mini).
  • ABIM juga menekankan aspek Bina Insan dan Budaya llmu dan Khidmat Bakti Sosial.
  • Kita melatih Sukarelawan-Sukarelawan Belia Islam dalam pelbagai bidang.
  • Melatih generasi muda yang mampu membina masyarakat secara ilmiah dan berhikmah melalui amal bakti secara sukarela tanpa memilih bulu.

SOALAN : BAGAIMANA PENGALAMAN MENGHIMPUNKAN BARISAN ULAMA DAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM DAN LUAR NEGERI BAGI MENGHASILKAN BUKU AL-QAZAF INI?

MOHD RAIMI :
  • Latar belakang kepada penerbitan buku ini ialah kerana timbul isu FITNAH secara berleluasa dewasa ini dan masyarakat kita memerlukan kepada satu panduan dari sudut keilmuan Islam.
  • Mesej buku ini amat jelas, iaitu mengajak umat islam menjauhkan diri dari Budaya Fitnah dengan berdasarkan kepada dalil yang mudah difahami dan jelas dari segi Hukum Islam dari para ulama’ yang muktabar dan tersohor (tempatan dan antarabangsa).

SOALAN : BOLEH USTAZ NAIM JELASKAN PERBEZAAN DI ANTARA QAZAF DAN FITNAH?

USTAZ MOHD NAIM
  • Sebelum ini ABIM sudah banyak mengadakan Seminar dan Forum mengenai tajuk ini sebab ramai yang masih tidak faham makna QAZAF dan juga bahaya FITNAH serta hukumannya.
  • Di dalam perundangan Islam ada satu hukum yang besar iaitu sama dengann hukuman membunuh iaitu termasuk tujuh dosa besar yang dilaksanakan hukuman di dunia ini oleh baginda Rasulullah saw.
  • Kita usahakan buku ini untuk menghindari Umat Islam daripada melakukan FITNAH dan menghentikan budaya sonsang ini dalam masyarakat Malaysia.
  • Jika ia dibiarkan berterusan, ia akan merosakkan nilai-nilai murni yang kita telah sama-sama bina semenjak dahulu lagi sehingga sekarang ini.
  • Merujuk kepada pesan tun Seri Lanang di muka surat 49 di dalam buku ini iaitu :Kata Tun Seri Lanang : “Binasa” itu, jangan siapa pun melanggar pantang Melayu, dan jangan siapa pun menolak syariat. Bangsa ini jangan diajar menjadi liar, tetapi kembalilah ke akar-agama dan budayanya.”
  • Perbuatan menyebarkan fitnah ini jika diposkan melalui internet, dosa kering ini dan masuk setiap hari kepada penyebarnya tanpa disedarinya. Ini amat bahaya dan merugikan mereka yang terlibat dalam isu fitnah ini.

SOALAN : APAKAH PERBEZAANNYA DI ANTARA FITNAH DENGAN QAZAF ?

USTAZ MOHD NAIM:
  • Fitnah ialah melakukan Fitnah. Qazaf adalah hukuman dari segi Perundangan Islam (iaitu menghukum orang yang menuduh zina, lewat kepada seseorang Muslim tanpa empat orang saksi). Sesiapa saja boleh terdedah kepada FITNAH dalam dunia yang canggih sekarang ini.
  • Al-Quran menyebut di dalam Surah Nur:Ayat 23 bahawa mereka (pemfitnah) dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat.


“Sesungguhnya orang-orang Yang menuduh perempuan-perempuan Yang terpelihara kehormatannya, Yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi Yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa Yang besar;"

SOALAN : APAKAH HUKUMAN QAZAF DISISI ISLAM?

USTAZ MOHD NAIM :
Hukumannya adalah 80 kali sebatang menurut al-Quran dalam Surah (An-Nur ayat 4)


“Dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik;"

Walaupun di mahkamah syariah masih belum lengkah perlaksanaanya dalam bab ini, tetapi ada, tetapi demiuntuk mendidik tidak salah dan baik untuk diketahui oleh Umat Islam.

SOALAN : PERLU CUKUP EMPAT ORANG SAKSI.? TERJADI SEMASA KHALIFAH OMAR-BELIAU MELIHAT SEPASANG REMAJA MELAKUKAN SUMBANG MAHRAM TETAPI BELIAU TIDAK CUKUP SAKSI DAN BELIAU MENARIK DIRI DARI MENDAKWA PASANGAN ITU. APAKAH MORAL DISEBALIK KISAH INI?

Amirul mukminin (walaupun menjadi Ketua Negara) tetap dari segi hukumnya memerlukan empat orang saksi. Akhirnya diganti dengan hukum takzir (iaitu memberi nasihat dan causeling).

Mereka yang buat keburukkan dalam keadaan tersembunyi, patut disembunyikan perbuatan itu.Itu adalah di antara dia dengan Allah sahaja. Tidak boleh diberitahu (dihebohkan) kepada orang ramai. Perlu menutup keaiban mereka sedaya upaya (walaupun telah melakukan maksiat yang terkutuk itu), kerana unttk mengelak seluruh ahli keluarga dari menerima malu dan aib.

Hukum Takzir : terserah kepada Hakim mengikut keseriusan kes itu.Hantar pesalah ikut kursus pemulihan atau counseling.

SOALAN: PENGALAMAN USTAZ MENYUNTING BUKU INI?

USTAZ MOHD NAIM :

Saya dengan beberapa group termasuk Presiden ABIM dan Dr Abdul Halim el-Muhamady yang tambah untuk menyempurnakan cerita tentang QAZAF ini. Kupasan dari Dr Yusof Qardhawiy, Dr.Tahar Jabir al-Alwani, Dr Wahbah al-Zuhaily dan Ustaz Rivai Batubara itu adalah amat jelas dan mudah difahami mengikut Syariat Islam. Selepas membaca Buku ini ABIM berharap jangan lagi melakukan FITNAH ini. Buku ini sangat baik untuk menjadi panduan kepada masyarakat untuk mengetahui akibat dan hukum dari perspektif Islam bagi orang yang ingin atau telah melakukan FITNAH. Sangat mudah cantik dan murah harganya.Ia dijual dengan harga RM 12.00 senaskah.

SOALAN :APAKAH USAHA ABIM UTK HADHAM (BEDAH) BUKU INI?

MOHD RAIMI :

  • Kita akan bincang buku ini dalam seminar memahami hukum QAZAf diperingkat kebangsaan dan negeri yang akan kami adakan dalam masa terdekat ini.
  • Kita menyeru rakyat Malaysia agar membaca dan cuba mengelak daripada melakukan FITNAH.
  • Bila menghadapi FITNAH hendaklah berkata : Ini adalah tidak benar.
  • Buku ini murah RM12.00 dan hubungi ABIM Pusat untuk mendapatkannya di talian o3-4108-4500/ 019-288-1300/fax: 03-4108-2400 ATAU Email : sap@abim.org.my.
  • Kita akan pasarkan buku ini di semua kedai-kedai buku di seluruh Negara dalam masa yang terdekat ini.
  • Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IKIMfm kerana member ruang kepada ABIM untuk menyampaikan dakwah demi untuk kesejahteraan dan keharmonian Rakyat Malaysia amnya dan Umat Islam, secara khusunya. Terima Kasih Ustaz Zamri.Wassalam


USTAZ ZAMRI.
Sama-sama. Insya-Allah jumpa lagi di lain kali.Wassalam

TAMAT jam 9.50 pm

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More