"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

16.2.11

Majlis Penerangan Jawatankuasa Penaja ABIM Daerah Bera dan Temerloh


BERA, 15 Februari 2011 - Mengambil semangat Maulidur Rasul, ABIM Pahang telah mengorak langkah ke hadapan untuk menubuhkan 2 cawangan daerah yang baru iaitu ABIM Daerah Bera dan ABIM Daerah Temerloh. Pemerkasaan ABIM Daerah melalui penubuhan cawangan baru dan penambahan ahli telah dipilih untuk menjadi hala tuju gerak kerja ABIM Pahang untuk sesi 2010/2011.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Bera, pimpinan ABIM Pahang telah mengadakan pertemuan dengan AJK Penaja ABIM Bera. Majlis yang bermula jam 3.30 petang itu telah dihadiri seramai 10 orang ahli baru ABIM Bera serta Timbalan Pengerusi dan Bendahari Majlis Belia Daerah Bera. Penerangan umum telah diberikan oleh YDP ABIM Pahang dan diikuti dengan sesi soal jawab bagi menambahkan lagi kefahaman mereka mengenai gerak kerja ABIM.



Pada jam 5.30 petang pula, pertemuan kedua diadakan bersama JK Penaja ABIM Daerah Temerloh. Bertempat di Tadika Perpaduan Taman Bahagia Temerloh, majlis dihadiri seramai 15 orang ahli ABIM Temerloh. Selain itu majlis turut dihadiri oleh Pengerusi dan Setiausaha Majlis Belia Daerah Temerloh serta Pengerusi KRT Taman Bahagian Temerloh.

Dengan penubuhan ABIM di kedua-dua daerah ini, usaha dakwah akan dapat terus digerakkan bagi menyampaikan mesej agama kepada masyarakat setempat.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More