"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

22.2.11

Hebahan Program Perkampungan Menara Gading 2011 Peringkat Pahang


Program Perkampungan Menara Gading (MENARA) adalah program yang diilhamkan dan sangat sinonim dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Di negeri Pahang khususnya, ianya telah dianjurkan setiap tahuun sejak 1999 lagi. Program yang berorientasikan latihan dan pembangunan ini menjadi medan terbaik untuk mempersiapkan pelajar-pelajar lepasan SPM yang akan menyambung pelajaran ke menara gading. 

Realiti kehidupan dan cabaran alam kampus diberikan penekanan di dalam program ini. Ianya disampaikan dalam bentuk ceramah dan kumpulan dinamika. Selain itu, aktiviti riadah dan kerohanian turut diberikan penekanan supaya para peserta mempunyai ketrampilan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, intelek dan rohani.

Tahun 2011 sekali lagi Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN) dan PKPIM berganding tenaga untuk menganjurkan program ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More