"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

15.2.11

Ceramah Analisis Isu Timur Tengah


KUANTAN, 14 Februari 2011 - Pergolakan yang berlaku di Timur Tengah menjadi perhatian dunia untuk dianalisis. ABIM Pahang turut melibatkan diri untuk menyebarkan maklumat dan kefahaman kepada masyarakat mengenai situasi yang berlaku khususnya di negara Tunisia dan Mesir. Rentetan daripada program forum di peringkat pusat, ABIM pahang telah menganjurkan program ceramah 'Analisis Perkembangan Terkini Di Timur Tengah'.


Program yang diadakan dengan kerjasama Surau Al-Muhajirin, Indera Mahkota 5 ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. Beliau merupakan mantan Presiden ABIM ke 5 dan sekarang merupakan Ahli Majlis Kesatuan NGO Islam Sedunia (UNIW).


Dalam ceramahnya, Ahmad Azam mengupas ayat ke 120 daripada Surah Al-Baqarah dengan menjelaskan realiti dunia ketika ini dikuasai oleh Zionist. Kemudian beliau menghuraikan ayat ke 4 Surah Al-'Isra yang menceritakan bahawa Bani Israel membuat kerosakan sebanyak 2 kali di muka bumi ini. Menurut beliau 2 kali kerosakan itu merujuk kepada Bani Israel yang memperalatkan penguasa Rom untuk merosakkan ajaran Nabi Isa a.s dan memperalatkan Amerika Syarkat dan sekutu-sekutunya untuk menghancurkan kebangkitan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya lagi, 22 buah negara Arab yang wujud pada masa kini boleh dianggap sebagai 'ghanimah' yang diberikan oleh British selepas bantuan yang diberikan oleh bangsa Arab untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah. Faham Arabisme dicanangkan untuk meruntuhkan khilafah yang berpusat di Turki. Apabila pergolakan tercetus sekarang, dunia Arab sudah kelam kabut dan mula berhadapan dengan kemaraan rakyatnya sendiri.


Beliau juga memetik buku 'Seize The Moment' tulisan Richard Nixon. Buku tersebut menyatakan bahawa untuk Amerika Syarikat menguasai dunia, 4 negara perlu dikuasai terlebih dahulu. 4 negara tersebut ialah Mesir kerana dengan menguasai Mesir, dunia Arab keseluruhannya boleh dikuasai. Kedua ialah Turki kerana ianya adalah pusat pemerintahan Khilafah Uthmaniyah dan ada negara-negara yang wujud selepas kejatuhan khilafah. Ketiga negara Pakistan bagi menguasai pengaruh kerajaan Mughal. Keempat pula ialah Indonesia bagi menguasai alam Melayu.

Situasi kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir sebenarnya tidak dirancang secara berstruktur. Bermakna tiada pemimpin dan organisasi yang mengepalainya. Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir tidak berada di barisan hadapan walaupun mereka adalah organisasi yang sangat berpengaruh di Mesir. Semuanya digerakkan oleh kesedaran rakyat yang mahukan perubahan.

Persoalannya, siapakah yang akan menggantikan Hosni Mubarak? Inilah soalan yang masih belum terjawab dan memerlukan 6 bulan ke hadapan menuju pilihanraya selepas tentera berjanji akan menyerahkan kembali pemerintahan. Nama-nama seperti El-Baradei dan Amr Mousa sudah mula dicanang-canang untuk menjadi Presiden Mesir yang baharu. Walaupun latar belakang mereka adalah pelbagai, namun ianya dianggap sebagai strategi terbaik apatah lagi pengalaman pahit yang dilalui oleh Ikhwanul Muslimin yang sentiasa ditekan sejak ianya diharamkan

Penceramah membuat rumusan faktor kebangkitan rakyat Mesir disebabkan oleh 3 perkara iaitu Kuasa Generasi Muda. Di Mesir nisbah anak muda adalah 1 : 3 dan bilangannya sangat besar dalam negara tersebut. Kelompok ini adalah mereka yang terpelajar dan mempunyai kesedaran tinggi. Keduanya, ialah faktor Kuasa Media Baru dengan memanfaatkan Facebook dan Twitter. Kandungan laman sosial yang berbincang perkara serius melibatkan masa depan negara berjaya mencetuskan kebangkitan rakyat. Dan ketiganya ialah Faktor Gerakan Dakwah yang tidak lagi dilakukan oleh pertubuhan tetapi sudah dilakukan oleh semua bentuk samada individu, media baru, YouTube, TV Satelit dan lain-lain.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More