"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

20.1.11

Nota Usrah : Menjauhi Melakukan Pembunuhan dan Menghormati Kehidupan

Di bawah tajuk, 'Menjauhi Melakukan Pembunuhan dan Menghormati Kehidupan' dihuraikan berdasarkan Surah Al-Furqan ayat ke 68.


Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

Perbincangan tajuk ini merujuk kepada tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradawiy dalam bukunya 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman; Ciri Yang Allah Sebutkan 1500 Tahun Lalu.

  1. Islam datang untuk mengharamkan penumpahan darah dan melarang seseorang membunuh orang lain tanpa alasan yang dibenarkan. Islam melindungi jiwa orang Islam yang mengucapkan syahadah dan manusia tidak boleh melanggarnya. Begitu juga Islam memelihara nyawa non-Muslim yang mengikat perjanjian dengan masyarakat Islam.
  2. Pembunuhan terjadi kerana dorongan nafsu ammarah, jiwa yang menyuruh kepada kejahatan. Juga kerana kemarahan yang meluap-luap, kedengkian, kebencian, perselisihan, pertandingan, persaingan, dan lain-lain.
  3. Iktibar kisah Habil dan Qabil yang merupakan kejadian pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi ini kerana dorongan sifat dengki. Sehinggakan ALlah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil yang sombong cara-cara untuk menguruskan mayat saudaranya itu.
  4. Tidak mungkin orang Mukmin sanggup membunuh saudaranya yang lain kecuali kerana tidak disengajakan. Kesalahan ini boleh ditebus dengan memerdekakan seorang hamba wanita dan menyerahkan tebusan kepada keluarga korban. Jika tidak mampu, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut.
  5. Orang yang memandu laju sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian tidak cukup dengan hanya membayar denda. Dia harus berpuasa dua bulan berturut-turut. Mereka mungkin beranggapan kemalangan adalah ketidaksengajaan. Tetapi dia termasuk dalam golongan pemandu cuai yang memandu laju di jalan raya sehingga mengancam keselamatan pemandu lain
  6. Balasan atau hukuman yang akan dijatuhkan kepada orang yang membunuh orang Islam secara sengaja ialah dimasukkan ke dalam neraka jahanam dan kekal di dalamnya, ALlah murka kepadanya dan mengutuknya, serta menyediakan seksaan yang amat besar.
  7. Bahkan, membantu orang lain untuk membunuh orang Mukmin, walau dengan cara apa sekalipun, juga akan mendapat balasannya.
  8. Membunuh orang Islam dikecualikan dalam tiga keadaan : wanita bersuami yang berzina selepas terbukti di hadapan hakim, jiwa dibalas jiwa dalam hukum qisas, dan orang yang murtad selepas dinasihati, berdialog dan berunding dengannya selain dia sendiri menyertai agama lain untuk memburuk-burukkan Islam
  9. Dalam peperangan, pembunuhan terhadap musuh Islam adalah dibenarkan. Namun, dikecualikan pembunuhan kepada orang yang tidak ikut berperang seperti wanita, kanak-kanak dan orang tua.
  10. Pembunuhan juga dilarang terhadap janin di dalam kandungan dengan cara menggugurkannya kerana anak kecil juga mempunyai hak untuk hidup. Namun, jika atas nasihat doktor kerana alasan perubatan dan kesihatan, maka dibenarkan supaya tidak membawa mudarat yang lebih kepada si ibu.
  11. Islam juga melarang manusia memusnahkan hidupnya sendiri atau bunuh diri. Ini kerana nyawa itu adalah milik ALlah dan manusia tidak berhak untuk merampas hak ALlah itu dengan membunuh diri sendiri. Balasan keras terhadap orang yang membunuh diri ialah dimasukkan ke dalam neraka dan kekallah dia selama-lamanya di sana.
  12. Namun, jika pembunuh bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya dan keluarga yang terkorban telah redha, maka boleh jadi ALlah juga redha kepada pembunuh itu pada hari Kiamat.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More