"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

17.1.11

ABIM Pahang Terima Sumbangan Netbook 1Malaysia


KUANTAN, 15 Januari 2011 - ABIM Pahang hari ini telah menerima sumbangan sebuah netbook 1Malaysia. Netbook ini disumbangkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sumbangan tersebut disalurkan melalui Majlis Belia Negeri Pahang. ABIM Pahang merupakan salah satu daripada badan gabungan MBN Pahang.


Penyampaian sumbangan tersebut diadakan selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi MBN Pahang yang telah diadakan di Bilik Wawasan 1, Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan. Yang Dipertua ABIM Pahang telah menerima sumbangan tersebut daripada YB. Norol Azali bin Sulaiman yang merupakan Presiden MBN Pahang. Netbook tersebut akan digunakan bagi meningkatkan lagi prestasi sekretariat ABIM Pahang dalam menganjurkan program-program yang bermanafaat kepada masyarakat.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More