"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

5.12.10

Lawatan Delegasi BASF Petronas Ke Masjid Negeri


KUANTAN, 3 Disember 2010 ~ ABIM Pahang telah bersama-sama membantu pihak pengurusan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 untuk menerima satu rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai BASF Petronas Chemicals daripada luar negara. Rombongan ini membuat lawatan ke Masjid Negeri sebagai salah satu aktiviti mereka sempena konvensyen yang mereka hadiri di sini.


ABIM Pahang yang bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Masjid Negeri dalam program Pemandu Pelancong Masjid telah membantu bagi memastikan lawatan ini berjaya. Selain ABIM Pahang, JAIP diwakili oleh Ustaz Rasmawi Harun (Penolong Pengarah JAIP), Ustaz Sarafuddin Aisa (Imam Besar Masjid Negeri), pegawai dan kakitangan JAIP dan Masjid Negeri serta kumpulan sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid Negeri.

Aktiviti lawatan bermula dengan sesi taklimat mengenai Masjid Negeri di Dewan Seminar diikuti dengan sesi soal jawab. Sesi soal jawab telah dikendalikan oleh YDH. Dato' Seri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan (Timbalan YDP Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang). Selepas soal jawab delegasi dijamu dengan sedikit jamuan sebelum dibawa untuk melawat dan melihat keindahan Masjid Negeri.


Program Pemandu Pelancong Masjid ini merupakan satu bentuk dakwah secara langsung kepada non Muslim. Mereka yang dibawa oleh ALlah SWT untuk mengunjungi rumahNya akan diberikan penerangan mengenai agama Islam secara tidak langsung.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More