"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

14.11.10

Majlis Ihtifal Raikan Kejayaan Pelajar SERI

KUANTAN, 13 Nov 2010 ~ Bertempat di Dewan Bakawali LKPIM Kuantan, Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan Anakademik dan Sahsiah Kali ke 16 Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Indera Mahkota telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi itu telah dihadiri sekitar 300 orang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim yang merupakan Pengarah Pengurusan TASKI, Yayasan Takmir Pendidikan. Turut hadir ialah En. Najid bin Husin (Pengerusi BAKA) serta Sdr. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin (YDP ABIM Pahang).


Walaupun program ini diadakan setiap tahun, ianya dilihat sangat penting kerana objektifnya adalah untuk mengiktiraf kejayaan pelajar-pelajar SERI. Apatah lagi kejayaan tersebut adalah dalam bidang akademik dan sahsiah pelajar itu sendiri. Pada majlis inilah akan disaksikan pengorbanan pelajar-pelajar dibalas dengan pengiktirafan kejayaan.


Majlis turut diserikan oleh ucapan Mudir, Ybhg. Ustaz Asaari@Kamaluddin bin Yatim. Selain itu, turut dihidangkan persembahan-persembahan seperti hafazan Surah Al-Mulk sehingga tamat, persembahan nasyid pra-sekolah, deklamasi sajak dan persembahan nasyid.


Pelajar-pelajar yang cemerlang diberikan anugerah untuk kategori akademik seperti sijil tamat pra-sekolah, kedudukan dalam kelas dan sijil tamat darjah enam. Manakala anugerah sahsiah pula seperti puasa penuh, kebersihan dan kedatangan penuh turut diberikan. Tidak ketinggalan anugerah 'Keluarga Setia' juga diberikan kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan kepada SERI samada dalam bentuk sumbangan atau kemasukan anak-anak mereka ke SERI ABIM Indera Mahkota ini.





0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More