"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

14.11.10

Diskusi Ringkas Hala Tuju TASKI


KUANTAN, 13 Nov 2010 ~ Kedatangan Tn. Hj. Baharuddin bin Ismail ke Kuantan dimanfaatkan untuk berbincang mengenai hala tuju TASKI khususnya di negeri Pahang. Beliau yang hadir untuk merasmikan Majlis Ihtifal SERI ABIM Indera Mahkota merupakan Pengarah Pengurusan TASKI di dalam struktur organisasi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) ABIM.

Turut hadir dalam diskusi tersebut ialah Ustaz Asaari@Kamaluddin bin Yatim yang merupakan Mudir SERI ABIM Indera Mahkota merangkap Pengerusi YTP Negeri Pahang. ABIM Pahang pula diwakili oleh Sdr. Muhammad Hisyamudin (YDP), Sdr. Mahadi Deraman (SU) dan Sdr. Hasnul Radzi Yahaya (SU Kewangan).

Pelbagai isu dibincangkan yang menyentuh perkembangan semasa dan prestasi TASKI di negeri Pahang. Turut dibincangkan ialah perancangan ke hadapan untuk memastikan TASKI akan terus kekal relevan di tengah-tengah masyarakat serta mampu menawarkan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang mantap.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More