"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

21.10.10

Iringan Doa Bersama TYDP Ke Tanah Suci


KUANTAN, 20 Oktober 2010 - Musim haji kali ini lebih bermakna kepada ABIM Pahang kerana Sdr. Azman bin Alik yang merupakan Timbalan Yang Dipertua ABIM Pahang telah terpilih untuk menjadi tetamu ALlah. Beliau akan berangkat ke Tanah Suci menaiki penerbangan KT53 pada hari Ahad 24 Oktober 2010. Ibadah haji yang akan ditunaikan oleh beliau juga bagi mengiringi bonda tercinta yang mendapat giliran pada tahun ini.

Dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin bagi mendoakan kesejahteraannya, beliau memohon jasa baik sahabat-sahabat ABIM, rakan-rakan sepejabat dan jiran tetangga untuk mendoakan kemudahan beliau dalam menunaikan ibadah haji ini.

Selain Sdr. Azman, seorang lagi senior ABIM Pahang iaitu En. Abdul Rahman bin Chik (Mantan TYDP awal 2000-an) juga telah mendapat peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. En. Abdul Rahman sudah selamat sampai ke tanah suci menaiki penerbangan KT02.

ABIM Pahang mendoakan kedua-dua ahlinya ini akan diberikan kemudahan oleh ALlah SWT untuk menunaikan ibadah haji ini. Didoakan juga agar ahli keluarga mereka berada dalam keadaan ketenangan dan kesejahteraan sepanjang mereka berada di tanah suci. Mudah-mudahan ALlah akan menganjari mereka dengan haji yang mabrur.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More