"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

23.10.10

Empat Sebab Berada Dalam Gerakan Islam


KUANTAN, 22 Oktober 2010 - Gerak diertikan sebagai berubah atau berjalan. Lawannya adalah statik atau diam. Gerakan pula adalah perihal bergerak atau satu pertubuhan. Pertubuhan yang bergerak pula boleh dirujuk sebagai pertubuhan yang tidak statik serta bukan lesu. Demikian menurut Ybhg. Dato' Dr. Abdul Razak Kechik semasa mengupas tajuk "Mengapa Saya Berada Dalam Gerakan Islam" dalam program Usrah Gabungan pada hari ini yang diadakan di Baitul Husna, Anjung Sekilau, Kuantan.

Dato' Dr. Razak yang merupakan ahli senior ABIM sangat aktif dalam program-program menggerakkan masyarakat terutamanya dalam program-program dakwah bersama orang asli serta membela nasib anak yatim. Atas kegigihannya itu, beliau telah dianugerahi Tokol Maulidur Rasul 1431H peringkat kebangsaan. Beliau juga menjadi pakar rujuk kepada pimpinan dan ahli-ahli ABIM seluruh negara jika mahu menganjurkan program-program bersama masyarakat.

Di negeri Pahang khususnya, beliau telah menjadi pengasas kepada Baitul Husna - sebuah rumah anak yatim dan fakir miskin yang menjadi salah satu agenda ABIM Pahang bersama masyarakat.

Beliau menyatakan sebab pertama berada dalam gerakan Islam adalah untuk menunaikan tuntutan agama Islam itu sendiri. Tidak keterlaluan jika dianggap ianya sebagai satu kewajipan. Ini bagi menjadikan umat Islam sentiasa berada dalam satu barisan yang kukuh supaya kerjasama dan tolong menolong dalam memperjuangkan agama Islam dapat dilaksanakan dengan baik.

Kedua, adalah untuk beramal dengan ajaran Islam yang telah ditetapkan. Ianya akan menjadi lebih mudah jika dilakukan secara berjemaah. Semua suruhan agama Islam akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik jika dibuat bersama-sama. Namun, perlu diingat supaya tidak terlalu ekslusif sesama ahli jemaah sahaja. Ini akan memupuk ukhuwwah Islamiyah yang tulen sesama ahli jemaah.

Ketiga, perlunya kepada kerjasama dalam melakukan tugas-tugas yang besar dan berat. Ini kerana urusan agama tidak mampu digalas oleh seorang sahaja. Ianya perlu dilakukan oleh ramai orang dalam semangat kerjasama untuk melaksanakannya.

Akhirnya, adalah kerana Islam itu mempunyai musuh yang banyak. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk memusnahkan Islam. Mereka juga selalunya lebih kuat daripada penganut agama Islam itu sendiri. Maka, sudah tentulah agama Islam ini perlu dipertahankan oleh umatnya secara bersama-sama dalam gerakan yang tersusun dan ampuh.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More