"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

29.9.10

Jalinan Mesra MB Bersama NGO Agama Pahang



KUANTAN, 28 September 2010 - ABIM Pahang telah dijemput untuk menghadiri Majlis Jalinan Mesra YAB. Menteri Besar Pahang bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan Agama peringkat Negeri Pahang. Bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, kehadiran peserta adalah dari segenap pelusuk negeri Pahang. Peserta-peserta hadir mewakili pertubuhan-pertubuhan yang mereka anggotai. Semua pertubuhan adalah dalam kategori 'Agama' yang ada di negeri Pahang.

Usaha yang murni seperti ini dilihat satu tindakan proaktif ke arah mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan sudut pandang agama. Usaha perpaduan juga boleh dilakukan pada sudut pandang yang lain seperti kaum, sukan, budaya, rekreasi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Namun, sudut pandang agama adalah sangat penting kerana agama adalah pedoman hidup setiap rakyat di Malaysia.

Program malam tersebut nampak selari dengan usaha kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama untuk mempromosi keharmonian dan persefahaman antara penganut pelbagai agama di negara ini. Malah, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon juga turut hadir dalam majlis tersebut.


Dalam ucapannya, YAB. Dato' Seri Hj. Adnan bin Hj. Yaakob menyatakan perjumpaan ini bukan kali yang pertama diadakan. Ini sudah masuk kali ke 3 dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Majlis seumpama ini juga menurutnya bukan mempunyai kepentingan politik. Tetapi semata-mata untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan di kalangan penganut agama di negeri Pahang.

Beliau menambah, satu program seminar untuk memupuk kefahaman terhadap agama-agama yang ada akan diadakan pada masa akan datang. Program tersebut dijangka akan menambahkan pengetahuan seseorang terhadap ajaran agama lain seterusnya titik persamaan ke arah persefahaman dan kerjasama akan dapat dicapai.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More