"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

22.9.10

ABIM Salur Bantuan


Sumber : Sinar Harian Pahang, 21 September 2010

10 ibu tunggal, warga emas terima sumbangan

SIMPANG KALANG – Sempena bulan Syawal, sumbangan berterusan disalurkan pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang kepada golongan memerlukan.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Simpang Kalang, Baharudin Zakaria berkata, seramai 10 penduduk terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas sakit terlantar menerima sumbangan disampaikan ABIM Pahang.

Menurutnya, sumbangan itu secara tidak langsung meringankan beban penduduk terbabit khasnya sebagai perbelanjaan menyambut lebaran.

“Sesiapa sahaja yang berhasrat menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di sini amat digalakkan dan diterima dengan tangan terbuka.

“Biarpun wakil penduduk tempatan menjalankan aktiviti kebajikan yang sama, penerima sumbangan juga menghargai setiap bantuan disalurkan NGO,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Yang Dipertua ABIM Pahang, Muhammad Hisyamudin Baharudin berkata, sumbangan berupa barangan dapur seperti beras, gula, tepung, susu dan biskut diberikan bersama sejumlah wang kepada penduduk.

Katanya, kutipan sumbangan dilakukan dalam kalangan ahli ABIM Pahang dan golongan korporat lain khasnya sekitar Kuantan.

“Sumbangan disalurkan kepada golongan memerlukan di sekitar Kuantan, Kampung Simpang Kalang, Raub dan beberapa kawasan sekitar Kelantan.

“Amalan kebajikan ini dilaksanakan setiap tahun sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, wang dan barang keperluan dikumpulkan kemudian diagihkan dan disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, individu atau syarikat korporat yang berhasrat menyalurkan sumbangan secara berterusan juga boleh bersama-sama ABIM Pahang melaksanakannya dari semasa ke semasa.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More