"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

22.9.10

ABIM Pahang Dilantik AJK Panel Perunding


KUANTAN, 21 September 2010 - ABIM Pahang telah diberi penghormatan apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Panel Perunding Sektor Awam dan Swasta, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk penggal 2010-2011. Sehubungan dengan itu, mesyuarat pertama untuk penggal ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Shahzan Inn, Kuantan.


Selain ABIM Pahang, banyak pihak lain juga dilantik sebagai AJK Panel, antaranya Sektor Swasta (Dewan-dewan perniagaan), Sektor Awam (IPT & Kolej), Pejabat Kerajaan (SUK & Jabatan), golongan profesional, serta Pertubuhan Bukan Kerajaan. ABIM Pahang disenaraikan dalam kategori NGO.


Mesyuarat ini adalah inisiatif YDP MPK yang baru, YH. Dato' Hj. Zulkifli b. Hj. Yaacob. Beliau baru sahaja sebulan lebih dilantik dan sangat proaktif serta agresif dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Walkabout beliau hampir setiap hari untuk meninjau sendiri keadaan sebenar bandar Kuantan yang di bawah tanggungjawabnya.


Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Ucap Utama oleh YDP MPK sendiri. Dalam pembentangan yang penuh meyakinkan itu, beliau telah membentangkan Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan bagi Dewan / Majlis Bandaraya. Kriteria tersebut adalah seperti berikut :
  1. Pusat Pentadbiran sesebuah negeri
  2. Penduduknya tidak kurang 500, 000 orang
  3. Hasil tahunan tidak kurang dari RM 100 juta
  4. Berupaya menyediakan perkhidmatan pada tahap yang tinggi, struktur organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan
  5. Pembangunan mampan dengan mengambilkira indikator MURNInet
  6. Pembentukan imej bandar atau identiti yang bersesuaian dengan fungsi bandar
  7. Mempunyai pusat pentadbiran, institusi kewangan dan kemudahan perniagaan yang baik
  8. Mempunyai pusat institusi pendidikan yang lengkap
  9. Pusat aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah serta konvensyen peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  10. Mempunyai kemudahan infrastruktur, utiliti awam yang lengkap dan mesra OKU
  11. Pengiktirafan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang tertentu sejajar sebuah bandaraya.
Berdasarkan kriteria-kriteria ini, YDP MPK memaklumkan bahawa Bandar Kuantan telah memenuhi sebahagian besar daripadanya. Namun, MPK tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk menjadikan Kuantan sebagai bandaraya. Ini kerana, beliau mengharapkan agar Kuantan menjadi bandaraya dalam keadaan yang 'solid' serta 'substance' yang kuat serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Kuantan sendiri. Tidak ada makna jika taraf bandaraya diperolehi, tetapi taraf perkhidmatan masih di takuk lama.

Di antara status bandar Kuantan sekarang yang sudah memenuhi kriteria bandaraya ialah seperti berikut :
  1. Kuantan menjadi pusat pentadbiran negeri
  2. Penduduknya 438, 200 orang (unjuran 2009)
  3. Hasil tahunan MPK RM 84, 054, 300 pada 2009 dan dianggarkan RM 99, 198, 131 pada 2010
  4. Berupaya memberi perkhidmatan kerana organisasi mantap dan kakitangan berkebolehan. MPK sekarang mempunyai 1240 kakitangan.
  5. Sudah mendapat tahap "Mampan" menurut indikator MURNInet untuk tahun 2009 dan 2010.
  6. Imej bandar atau identiti yang sesuai boleh dipilih berdasarkan fungsi bandar melambangkan sejarah dan warisan
  7. Pusat perindustrian yang baik serta jumlah pelaburan sebanyak RM 18,182,128,867.00
  8. 59 buah institusi kewangan beroperasi di Kuantan
  9. Pusat perniagaan mencatatkan keluasan 1, 841, 242 m.p untuk tahun 2010.
  10. Jumlah pelesen sehingga tahun 2009 ialah 11, 619
  11. 23 buah IPTA dan IPTS
  12. Mempunyai pusat untuk aktiviti kebudayaan, sukan, riadah dan konvensyen
  13. Banyak tempat tarikan pelancong. Sehingga 2009 seramai 857, 802 orang telah melancong ke Kuantan
  14. Mempunyai pusat konvensyen yang baik. Sehingga 2009 sebanyak 272 persidangan telah diadakan di Kuantan
  15. Keseluruhan pegangan unit rumah di Kuantan berjumlah 83, 220 unit sehingga 2009
  16. Banyak pengiktirafan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Paling penting adalah jaminan YDP MPK jika Kuantan dinaikkan menjadi bandaraya seperti berikut :
  1. Penggunaan akta yang sama - akta kerajaan tempatan (akta 171), akta jalan, parit dan bangunan (akta 133) dan akta perancangan bandar dan desa (akta 172) == yang menurut beliau tidak mengubah kadar percukaian seperti sebelum menjadi bandaraya.
  2. Peruntukan pembangunan dijangka bertambah melalui persekutuan == menjadikan Kuantan akan membangun dengan lebih pesat
  3. Perkhidmatan majlis akan bertambah baik melalui koordinasi dengan pelbagai agensi == yang hasil kebaikan akan kembali kepada penduduk Kuantan juga.
Pelantikan ABIM Pahang sebagai salah satu AJK Panel Perunding ini merupakan pengiktirafan besar MPK kepada NGO seperti ABIM Pahang. Mesyuarat ini menjadi saluran yang cukup relevan untuk ABIM Pahang menyalurkan pandangan mengenai bandar Kuantan daripada setiap aspek. Sudah tentulah aspek pembangunan sosial akan menjadi tumpuan input ABIM Pahang bagi mengimbangi pembangunan fizikal dan material yang berlaku pada masa sekarang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More