KAJANG, 8 Ogos 2010 - Bersempena dengan Ijtimak Harakiy yang julung-julung kali diadakan, ABIM Pahang telah turut serta menghantar perwakilannya. Bertempat di Dewan Utama GMI dan Kolej Darul Hikmah, Kajang, Ijtimak Harakiy 1 telah mencatatkan sejarah penting dalam perjalanan dakwah ABIM sebagai sebuah gerakan Islam di negara ini.
Buat julung kalinya, ketiga-tiga komponen jemaah besar ini iaitu PKPIM, ABIM dan WADAH telah disatukan dalam satu Ijtimak bagi ketiga-tiga menjalankan Muktamar Sanawi masing-masing. Ini adalah sejarah yang penting bagi memaknai perjuangan dakwah serta menambahkan pengalaman berharga para ahlinya.
Pelbagai program telah dilangsungkan bersempena dengan Ijtimak Harakiy 1 ini. Antaranya ialah Seminar Maqasid Syariah, Majlis Makan Makan, Pelancaran Buku Koleksi Ucapan Dasar Mantan Presiden ABIM serta pameran dan jualan.
0 ulasan:
Post a Comment