"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.8.10

Persembahan Sulung Baitul Husna

KUANTAN, 1 Ogos 2010 - Semasa berlangsungnya Ijtimak Harakiy ke 2 WADAH-ABIM-IKATAN Pahang, anak-anak Baitul Husna telah membuat penampilan pertama mereka dengan mempersembahan nyanyian nasyid yang cukup mantap. Dua buah lagu didendangkan iaitu Nabi Anak Yatim dan Selawat Badriyyah.

Ternyata semangat mereka berlatih setiap petang telah membuahkan hasilnya dalam persembahan pertama ini. Walaupun ada di kalangan mereka yang agak takut-takut tetapi semangat berpasukan telah mengatasi segala kebimbangan.


Bakat-bakat yang dimiliki oleh anak-anak Baitul Husna tetap diraikan oleh barisan pengelola Baitul Husna. Ianya selari dengan matlamat penubuhan Baitul Husna untuk membela anak yatim dan fakir miskin serta membina insan kamil.


Kami sangat-sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada anda semua samada dalam bentuk sumbangan kewangan atau peralatan.

Maklumat lanjut mengenai Baitul Husna - sebuah projek kemasyarakatan usaha sama di antara ABIM Pahang dan WADAH Pahang untuk membela anak-anak yatim dan fakir miskin serta membina insan kamil bolehlah melayari laman blognya di http://baitulhusnabktskl.blogspot.com atau laman FB di http://www.facebook.com/#!/pages/Baitul-Husna-Bukit-Sekilau/140545329304905?ref=ts

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More