"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

17.8.10

Pelancaran Program Sedekah Seorang Sekampit Beras Ramadan 1431H

gambar dari Sinar Harian Pahang


INDERA MAHKOTA, 16 Ogos 2010 - Meneruskan tradisi menghidupkan Ramadan dengan pesta ibadah, ABIM Pahang tampil sekali lagi menganjurkan program Sedekah Seorang Sekampit Beras sepanjang bulan Ramadan 1431H kali ini. Program ini adalah program tahunan ABIM Pahang sempena kehadiran bulan Ramadan setiap tahun. Tahun ini program ini sudah memasuki tahun ke 6 seluruh negara manakala di Pahang masuk tahun ke 4.

Pelancarannya telah diadakan di Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Dalam sidang media tersebut, YDP ABIM Pahang telah menjelaskan bahawa program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada umat Islam Pahang menunaikan ibadah sedekah di dalam bulan Ramadan ini.

Beras-beras kampit yang disedekahkan oleh orang ramai akan diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, rumah anak yatim, mualaf dan orang asli. Pengagihan akan dimulakan pada 31 Ogos 2010.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuantan serta Kelab Pemilik Proton BLM (PROSBOC).

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More