"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

1.8.10

Ijtimak Harakiy ke 2 Pahang

KUANTAN, 1 Ogos 2010 - Meneruskan agenda penting tahunan, ABIM Pahang sekali lagi kembali ke medan 'muhasabah kubra' untuk menilai semula gerak kerja untuk sesi ini. Pada kali ini Ijtimak Harakiy ke 2 Pahang telah diadakan pada hari ini bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Jalan Gambang, Kuantan.


Serentak dengan itu, sidang muktamar selari ketiga-tiga komponen jemaah Pahang iaitu WADAH, ABIM dan IKATAN turut diadakan. Jelas ianya menggambarkan kesepaduan ketiga-tiga komponen jemaah Pahang apabila semuanya berkumpul untuk mengadakan muktamar sanawi.

Ijtimak Harakiy ke 2 Pahang ini telah dirasmikan oleh Sdr. Muhamad Raimi bin Ab. Rahim yang merupakan Setiausaha Agung ABIM. Turut hadir bersama beliau adalah Sdr. Dr. Saifullah Al-Hany (Ketua Biro Kesihatan ABIM Pusat). Dalam ucapan perasmiannya, Sdr. Raimi telah menekankan peranan NGO pada masa kini yang sudah diiktiraf. Hal ini disebabkan tidak semua permasalahan ummat mampu diselesaikan dengan berkesan oleh kepimpinan negara. Maka, di sinilah peranan NGO diperlukan dengan membawa suara ketiga yang bebas serta tidak memihak kepada mana-mana pihak berkepentingan.


Ijtimak yang dihadiri seramai 84 orang perwakilan itu juga telah dimeriahkan juga dengan persembahan sulung anak-anak Baitul Husna. Mereka telah membuat persembahan nasyid di hadapan semua perwakilan. Selain itu juga, program Kejurulatihan Daie Muda juga telah diadakan di tempat yang sama pada hari yang sebelumnya.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More